Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Doakan semua selamat

Ingat tak aku ada tulis entry ni jeng jeng.Aku tak jadi la..Sebab hari sebelum tu aku p check anak aku kat pakar kanak-kanak,pastu doktor kata hati anak aku ada bengkak cikit,tapi untuk keselamatan dia soh aku p check kat mana2 hospital la.Bila dengar pasal tu terus aku tak dak mood nak p Cameran,Mood hilang 100%,Yala kan sapa yang tak risau pasal anak kan,kalu luka kat luaq tu kita tau nak ubatkan dan kita nampak,ni bengkak kt dalam,kita pun tak nampak,tapi doktor suspect saja.Masa tu seingat aku anak aku dah 3 ari tak buang air besar,mungkin sebab tu kot,dia sembelit teruk la jugak,kesian sgt,bila nak uh uh ja mesti nangis.
Aku ngan husband terus bawak dia p Hospital Metro,as per doktor kes anak aku ni bukan la kes yang urgent,tapi diaorang nak check la kenapa jadi camtu,nak scan,nak ambek darah.Bila dengar camtu rasa kesian pulak nak bg doktor cucuk2 anak aku.Lagipun anak aku aktif sangat,doktor kata kalau dia tak aktif n lemah baru dia akan buat pemeriksaan ASAP sebab kebetulan masa kami p tu hospital tu cuti.Jadi doktor advise aku p arini,tapi aku tak p pun.Aku ngan husband beriktiar secara kampung dahulu,mungkin doktor rasa yang hati anak aku bengkak cikit tu kerana sembelit dia,bayangkan 3ari tak uh uh.Aku bagi anak aku mandi daun turun cacing dan jugak beriktiar secara kampung,tengok la hujung minggu ni aku nak p check lagi,Minta2 la anak aku ok dan tak dak apa.
Doakan semua selamat yer..
Amsyar cihat yer sayang,umi n ayah susah hati bila tau sayang tak cihat.
Sayang dah la anak umi n ayah sorang ja..


Ya Allah,
Kau jauhkan anak aku Amsyar dari penyakit yang berbahaya,
Kau cihat kan dan kau buka kan la selera makan nya.
Amin...

Thursday, October 28, 2010

Pengalaman menjadi Ibu

Thanks Allah..Nikmat mu yang tidak terhingga untuk kami sekeluarga,alhamdulilah..

Amsyar dah nak dekat 2thn lagi 5bulan saja lagi..Cepatnya masa berlalu kan.Ni time aku lahirkan dia,masa kat Hospital Kulim,masa ni aku rasa sedih,teruja dan heppy sangat2,Allah dah makbulkan doa2 aku untuk menjadi ibu,tak semua orang merasai apa yang aku rasa,jadi aku amat2 bersyukur2.Penantian aku selama 2 thn setengah untuk menjadi seorang ibu bukanlah penantian yang sekejap kan,lama tu..Aku sentiasa bersyukur,mungkin Allah kurniakan aku anak lambat ada hikmahnya,mungkin masa tu aku tak bersedia.Kita sebagai manusia hanya merancang tapi semua Allah yang tentukan.

Aku tak pernah kongsikan macam mana pengalaman aku untuk menjadi seorang ibu sebelum ni kan,Sekarang aku nak kongsi semua tu,tujuan untuk aku kongsi semua ni adalah untuk memberikan semangat kepada sesiapa yang dah kawen tapi still tak dapat anak lagi,Ingat la kita sebagai hamba berhak untuk berusaha sehabis mungkin tapi jika ada rezeki insyaaallah Allah akan makbulkan permintaan kita..
So jangan rasa down teruskan berusaha..Allah kan akan memberikan ganjaran kepada orang yang rajin berusaha dan yang selalu berdoa kepada nya..

Aku kawen pada usia yang muda la umur 22thn,lepas ja study kat POLIMAS aku terus dapat keja kat Silterra (sampai sekarang aku setia lagi dah 5thn lebih).Tapi dah tukar 3 dept,dept pertama manufacturing,aku tak tahan kerja kat dalam tu sebab shift malam,aku memang tak suka kerja malam,dept ke-2 Product Engineering dan Dept ke-3 SPC QA SYSTEM,setakat la memang aku paling suka kerja kat QA,happening habis la.

Ok berbalik pada kisah aku balik,lepas saja aku kerja 6bulan kat cini,aku terus kawen,husband ajak kawen,katanya takut aku dikebas orang..ehehehehe.adakah orang nak kebas aku..hahahahahaha..mengarut semua tu..Ok aku pun kwen la dengan kekasih hatiku,husband aku la.Selepas 6bulan kahwin kami still tak dapat anak lagi,risau jugak la masa tu,yala kan apa masalah ni..Takut semua ada,orang lain kebanyakkannya kawen2 terus lekat,aku ni dah 6bulan tapi still tak dak tanda2 untuk lekat.Sedih jugak la masa tu bila dengar suara2 sumbang yang selalu bertanyakan soalan yang sama.”Bila nak dapat anak?”kalau la aku ni ada kuasa esok jugak aku nak.Tu kan bukan kuasa aku,aku hanya mampu berdoa n berusaha saja kan,selebihnya tawakal saja kat Allah.Time tu kalau tahu ja kawan2 terdekat pregnant aku rasa sedih sangat,pasangan mana yang tak mau anak kan,mesti la kita nak tengok camna wajah anak kita.Lagipun aku ni memang sukakan budak2.
1st time aku ngan husband p klinik kat Bertam untuk check apa masalah kami berdua tapi doctor tu cakap terlalu awal,dia advise aku supaya tunggu dulu sampai setahun.So aku pun tak dengar la cakap dia.Dalam pada masa yang sama aku pun pergi la berurut dengan bidan2 yang berpengalaman,Tapi lama2 tak lekat2 jugak,ada jugak yang aku dapat tak berapa berpengalaman,aku sakit sangat,dan lepas tu last aku mengurut rasanya.aku ckp kat husband tak mau mengurut dah kat bidan tu,cam tak pandai ja.Lepas setahun aku tak ada apa2 lagi,aku terus pergi klinik sakit puan kat Sg Petani,nama dia dah lupa lor,aku ambek ubat hormone 3bulan berturut2 tapi tak dak apa2 perubahan tu,aku still tak di sah kan mengandung lagi,sedih dan penat Allah saja yang tahu,aku dah buat macam2 tapi still belum rezeki,ada jugak rasa down sangat2,tapi alhamdulilah aku ada husband yang sangat2 membantu,dia selalu bagi semangat kat aku,dia tak perlu rasa down,depan aku dia selalu tenangkan aku,tapi aku tahu belakang aku dia sedih.Terima kasih sayang sebab selalu kuatkan ayang masa tu dan selalu berkerjasama dengan ayang untk pergi berusaha untuk mendapatkan zuriat.Sayang laki 1 dalam 1 juta.Tak pernah salahkan ayang,selalu tenang dan bersabar,Macam sayang kata dulu Insyaallah kalau Allah nak bagi rezeki,sekejap ja kita akan ada.
Bila aku dengar ada orang nak pergi Makkah aku selalu minta diaorang doakan aku untk dimurahkan rezeki anak,kebetulan kakak ipar aku nak pergi Makkah aku soh dia beli kurma dalam botol yang untuk orang yang susah dapat anak.aku jugak minta dia doakan aku depan kaabah untuk aku cepat2 dapat anak.
Dalam pada masa yang sama aku pergi pergi klinik Dr Hamid kat Kulim untuk check husband dan aku,husband ok masa tu,yang masalahnya kau,hormone aku terlalu rendah,tu yang susah nak ada baby tu.Doktor bagi aku ubat hormone,dan alhamdulilah sekali ja aku makan,aku terus disahkan pregnant bulan berikutnya,Alhamdullah rezeki Allah bagi.Mungkin juga berkat kakak aku berdoa di Makkah.Aku bersyukur sangat2 sebab aku ada rezeki,rasa mcm mimpi ja masa tu,betulka aku pregnant.Aku n husband menangis kegembiraan.Masa tu kami tak pernah rasa heppy sampai macam tu..Untuk sapa2 yang belum dikurniakan anak teruskan berusaha,Insyaaalah rezeki anda akan ada,kena betul2 berusaha dan berdoa kepada Allah..

Ni masa aku tengah pregnant kan Amsyar,masa ni dah cukup bulan dah..9bulan

Aku rasa cam seolah2 baru pegang dia kecik dulu,tapi sekarang dah pandai macam2..

Apa yang Amsyar dah pandai sekarang (1thn 7bulan) :-
1. Semestinya pandai berjalan (berjalan umur 1thn 4bulan)

2. Lepas pandai berjalan mesti la berlajar berlari pulak kan.

3. Dah ada gigi 8batang,gigit orang sakit tau ..

4. Dah tak berapa nak makan (ni aku paling tak suka dan risau).

5. Bila nak balik ataupun nak kuaq mana2 mesti dia akan p salam n kiss semua orang.

6. Kalu dok dalam kereta masa nak balik mesti cakap “BABAI”ehehehe..

7. Dah pandai sebut “Ayah”Eh tu dah memang pandai sejak azali lagi kan.

8. Dah mula panggil aku “mi” singkatan dari UMI..hhahahaha..takpa la janji mi mi dengar jugak.

9. Bila aku pasangkan Magic English video,dia dah pandai nyanyi “Mummy-Mummy,Hello-Hello..”

10. Dah pandai main dengan semua orang.Suka main hantu2 belek mata..hahahahaa..lawak sangat.

11. Dah pandai ckp,banyak sangat cakap.Selalu ajuk semua cakap n perbuatan orang.Ni kena tunjukkan tauladan yang sangat baik kan.

12. Dah boleh terima arahan dengan baik sebagai contoh bila aku kata letak baju yang dah pakai dalam bakul baju,mesti dia pergi letak.

13. Suka nak merajuk2 kalu orang tak mau bawak dia p mana2,terutamanya naik broom broom,naik Vroom Vroom ok lagi.Sila tanya aku kalau tak tau beza Broom2 dan Vroom2 okeys..ehehehehe.

14. Amsyar sekarang sangat2 ok kalau nak bawa pergi mana2..senang sangat ok.

15. Minum susu still lagi sustagen vanilla 1year,nak tukar lain takut.Sebab dia jarang makan so susu tu adalah susu terbaik untuk dia.

16. Pakai pampers saiz M lagi,anakku punggung masih kecik rupanya.J

17. Kalu aku balik keja mesti dia tunggu depan pintu dengan senyuman yang akan buatkan hati aku terus hilang penat lelah.

18. Sekarang lebih baik dari dulu bila dok dalam car sit,setakat la alhamdulilah dia ok.

Ermmm apa lagi yer..yang tu jer kot yang dia pandai buat masa la,nnti aku update lain k..
Tata titu..

Wednesday, October 27, 2010

Jeng jeng

Teka2 aku nak p mana..ehehehehehe..
Shyppppp jgn gtau org tau,simpan dalam hati,nanti ramai yang pesan souvenior..ehehehehehe..






Hobi 3 in 1

Hari ni aku seronok sangat sebab dapat cuti dengan husband..Yehh..Harini husband ajak p Auto City kat Juru,ada pameran kereta.Dia memang pantang tengok pameran kereta ni,mesti nak p..WAJIB tau..
Aku ni sebenarnya memang tak berapa minat or dalam erti kata sebenar tak minat langsung pasal2 kereta2 ni,tapi dah kawen dengan husband yang minat,lama2 aku pun dah minat sikit2..eehehhe..
Tengok betapa hebatnya penangan dari seorang husband yang berjaya membuatkan seorang isteri cam aku ni dah terminat sekali.
Dulu2 masa bercinta pernah jugak dia ajak aku p tengok tapi rasanya tak pernah kot aku ikut,alasannya malas.ehehe,Sorry sayang...
Tapi sekarang sebagai seorang isteri kepada peminat kereta aku kena sokong la.ehehee..Baru la jadi isteri mithali..Betulkan suamiku????:)

Husband aku kerja malam so kena la bagi dia hilangkan tahi mata dulu kan,maksudnya bagi dia tidoq dulu la,,apa la payah sangat ampa nak pikiaq..eheheehe..
So masa bagi husband aku hilang tahi mata,aku pulak join sekaki la..kan nama pun cuti kan.

Kami keluar kul2ptg lepas zohor,perut pun dah nyanyi lagu keroncong so kena la isi dlu.
Untuk bagi berhenti keroncong tu makan dekat2 saja,kat kedai dekat dengan umah.


3 jenis air sebab aku tak mau Amsyar kerap minum ais nanti selesema..
Teh ais utk umi,rebena untuk Amsyar dan sirap limau utk ayah..
kalau dia masih nak aku ngan hubby pura2 tuang utk dia tapi tak tuang pun..ehehee.
Amsyar kalu baca besaq2 nanti mesti rasa tertipu..eheehee..
Tapi tipu utk kebaikan n kesihatan takpa kan Amsyar kan..

 Lambatnya nasi ayam sampai,kami lapaq niiiiihhh

Amsyar melayan perasaan..
Gambar makan tak sempat snap pun sebab masing2 lapar tahap maksimum,yala pagi tdi makan nasi lemak cikit yer,pastu makan roti canai cikit yer,
Eh Maslina banyak tu U kata cikit.memang perut besar la U ni

Dalam kereta main2 has pulak,dok hallo hallo..tengok kat bawah...











Ni dah sampai kat Auto City,suka suki hati aku saja bg anak dok atas kereta..hehehehehe..
Sorry yer owner kereta tak ingat kata u all masuk pertandingan,ingat kereta i.ehehehehe

Umi yang heppy sebab husband bawak jalan2..ahahahahahha
Senang kalau ada stroller,takla aku penat nak dukung sangat..

lagi kereta............
Nama pun p tengok pameran kereta kan,mesti la ada banyakkkkkkkkkkkk kereta..


aku duduk cam kat atas tu,anak aku pun nak duduk jugak,
Amsyar,umi nak bagi sama tinggi dengan adik la,adik tak payah la duduk,
tengok muka aku yang dok gelakkan dia..
Perhatian Perhatian semua!!!!!!!!!
Ni adalah kereta idaman laki aku.
Kalu ada sapa2 yang nak jual kereta camni,sila call aku k..
ehehehehe,harga mau murah baru aku ambek.:p

Ni kat dalam kereta tu,banyaknya speaker,pekak telinga kalu pasang radio,
Husband aku nak kerta camni tapi tak mau speaker banyak2 camni la..


Gambar ikut cermin,
Cermin ikut gambar,hahahaha..lantak jer la..

Ni speaker kereta mana pun aku dah tak ingat la..
banyak giler kan..
gerun aku tengok.

Kereta ni owner dia BATMAN.
Jangan percaya k sebab aku main2 ja..hahahahahhaha
tapi memang kereta cam batman saja kan,sapa setuju angguk kepala 3x...



Rehat sebentar dengan keropok,orang rehat bersama kit kat,aku ngan keropok ja..
Ni dah penat nak jalan,tunggu husband p beli air..dahaga wei,air Amsyar ada la tapi aku yang sejuk..


Dah boleh keluar storler aku yang penat wei.
tengok tu aku dok kejar dia sana sini..
Fuhh....penatnya masa tu.Amsyar suka nak lari2,aku takut jatuh..
Amsyar nanti besar adik tau la kenapa umi tak bg adik lari2,umi takut adik jatuh nanti adik sakit,umi kesian tengok bila adik sakit..
Jalan2 saja tau jangan lari2..
Umi sayang adik..Muahhkksss..

Nak main air pulak,so layan jer la...


Ni ice cream tempurung,mula2 tengok aku cam tak lalu saja,
maklum la aku ni pelik2 tak makan,
pastu husband makan dulu,baru aku rasa.
WOW !!!!!!!!!!!!!!!
sedapnya,rasa sedap la...
Ada pesanan untuk husband:-
Nanti beli lagi yer..sodapppp..

Aummm.. sedapnya...


Dimanakah kasut Amsyar???teka2..
sapa cepat teka aku bagi RM0.20..ehehehehe..

Dah jumpa,lambt sangat ampa semua jawab la.
Kasut Amsyar terkeluar dari kaki ja la,tengok2 dah tinggal sebelah,nasib bek ada dekat2 citu saja..


Title : Bergambar bersama kereta kuning..ehehehe,aku sebenarnya tak pandai bab2 nak bagitau pasal2 kereta ni,i memang tak tau weiiii...
Tu la aku hentam jer la..

Ni kereta MYV kalau tak salah,kereta ni memang banyak speaker.tu Amsyar dah geram tengok2..


Aku pun join sekali p tengok,apa yang dia suka tengok sangat tu..
Nak ice cream!!!!!!
Nak ice cream!!!!!

Yummy2....



Lepas kabulkan permintaan husband untuk tengok pameran kereta,ni tiba la masanya penuhi hobi anak pulak.Kami beredar dari auto city pukul 5ptg..2 jam setengah u jalan2 kat situ.
pastu dah abis round2,tiba masanya pergi SHOPING pulak(tu hobi aku..ehehehe)..
Amsyar tak boleh tengok mainan2 ni,dia suka sangat aku rasa semua budak2 pun suka kan..


Tengok tu SUKA sangat


Aiiiii jangan lepas tangan,pegang elok2..



2 beranak yang aku paling sayang...Love U All..

Dah abis teman Amsyar main2,tiba masanya untuk aku pulak round2 Pasific.
Kebetulan lalu kat situ nampak susu sustagen dapat free gift,bekas cantik sangat,so aku beli la buat stock,
beli 2 pack ok,kalau ikut hati cam nak beli 10 pack..
Wei mana nak cekau RM RM kalu nak beli 10 pack,gaji pun belum...
So beli 2 pack besar saja..
Itu pun dah RM106..
Amsyar pun suka,siap suruh letak dalam stoler dia lagi...

 
Ingat tak yang aku pergi Bengkel mekap Bodyshop,entry ni mekap..Ingat tak??
Ha..kan dia dah ajar pasal skin care,menurut pakar kulit la,dia kata umur 25thn ke atas sepatutnya dah kena pakai anti penuaan siap2 supay kulit muka tu dirawat awal,so nanti tua2 tak la kedut 1000.
So bila dengar cam tu aku rasa aku dah layak dah wei,so kena la beli,dulu aku pakai safi biasa,ni upgrade cikit la SAFI RANIA.
Mahal jugak la,set malam n siang lepas offer ni RM83.80 camtu.
tengok tak ada harga promosi kat bawah tu..
Amsyar still tunggu umi dia pilih barang..
Thanks sayang...

Setelah fikir punya fikir aku ambek mosturiser siang and serum saja.
Aku masih ada pencuci n jugak toner safi rania.
Serum penting tau untuk mengurangkan garis2 halus yang akan bagi kita nampak tua..So semua yang berumur 25thn ke atas kena la pakai set2 yang mana2 pun yang untuk anti penuaan..
                                   


Ni krim kecantikan,macam foundation la fuction dia.
Aku tak beli pun sebab aku dah pakai foundation Body Shop..

Amsyar : Dalam hati(Umi cepat la adik tak larat tunggu ni)..Umi ni pilih lambat la...:(
Alo2 ciannya anak umi,takpa satg umi belanja sate..Opps bukan umi,ayah...ehehehehe..
ayah banyak RM RM..:p


Ni la yang aku beli.....
Minta2 OK...:)



Bila kebosanan tahap maximum ni la jadinya..ehehehehe




Ok...aku dah dapat apa aku nak.Skincare and baju cotton untuk raya haji warna puple..
Sorry yer kain baju raya tak snap.Lupa lorrrrr...
Lepas shoping lapaq kan,jum p makan mee bandung n sate....
Yummy yummy..
Lokasi : Kg Pertama dekat2.sedap makanan kat cini,dan murah.
aku memang suka makan kat cini..
Sate dia sedap sangat kalah sate house ..

Ni la dikatakan Ibu Mithali,makan pun pegang anak,eeehehehe
Masa ni Amsyar dah ngantuk sgt2..sampai nak celik pun tak leh ..cian dia,nasib baik aku dah nak makan abis..
naik kereta terus dia Zzzzzzzzzzz sampai pagi..

Tamat la citer Hobi 3 in 1..ehehehehe..
Masa yang ada akan kugunakan sepenuhnya untuk husband n anak..
masa yang berlalu takkan berundur lagi kan,
So Jalan2 bersama memang menyeronokkan aku.
Thanks sayang sebab sanggup jalan2 walaupun sayang hanya tidoq 2 jam saja balik dari kerja malam..
Sayang Tamu.............................


Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.