Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Time to Jalan-Jalan

Rasanya tahun ni aku tak pergi berjalan mana-mana pun,bukan maksud tak berjalan tu tak guna kaki..hehehehe..maksud yang lebih tepat lagi tak pergi berjalan jauh2 sambil makan angin..ehehehe..
Petang nanti aku nak pergi KL..Hoyea Hoyea..(mesti ada suara2 sumbang tu kata,ala nak p KL pun kecoh ko ni)..Biarla aku dari kedah to KL..jauh tu..

Kebetulan husband cuti smp 8ari sempena kilang dia shutdown.orang kalau kilang shutdown susah hati,aku ni heppy pulak,bukan apa aku dgn husband keja tak sama la,tu yang bila cuti sama walaupun sehari amat2 lah dihargai.Eh macam laki aku keja kapal pulak kan.Kalau la keja kapal tak tau la camna aku n anak ni..
jadi cam punggok rindukan bulan la kami.

Amsyar dah nak dekat 2thn kan,dah pandai mcam2 so ni la peluang untuk bawa dia jalan-jalan dengan senangnya..You all rasa senang ka bawa budak berusia 2thn??emmm aku pun kena balik fikiaq dulu,senang ker tak..hahahhaa..Klu nak tau senang ker tak kena la bawa dulu kan.Kalu kecik2 dulu klu panas cikit nak nangis2,kita pun tak tau kenapa ni...Bila besaq pulak tak mau kita pegang(cam lagu ni : Boleh pandang-pandang,tak boleh pegang-pegang)..haaa melalut dah.Dia nak jalan sesuka hati dan sesuka arah dia ja..Aduhhh..camni la ada anak,tpi nasib baik dia jadi penghibur kita waktu kita penat..nakal tu biasa la kan,aku dulu kecik2 pun nakal jugak,sapa yang kata dia tak nakal tak normal nama nya tu..Hahahaaa..

Ermm nak p mana yer jalan-jalan kt KL tu..ermmm ok cuba teka:-

Please scroll down..


Please




Please




Please





Please





Please..haaaaa bawah lagi la




mesti dha tau kan aku nak p mana,aku nak p Aquaria la..Amsyar mesti suka!!!
Aku pernah pergi tapi dah 5thn lepas dengan husband,cepatkan masa berlalu dah 5thn..Huhuhuhu..
Dulu aku p besh,kalau compare dengan waterworld langkawi,this is better.
Tak percaya??p la dulu...

Nanti pas aku balik dari KL aku update len yer mana aku p jalan-jalan..:)
ermm tak sabaqnya nk balik jumpa husband n anakku..(ops jangan gtau bos aku k,aku curi masa update blog sat)..eheehe
Tata Titu....

Tuesday, December 28, 2010

Kembali berjalan

Nak mulakan camna yer,kadang2 nak tulis blog ni tak tau nak mulakan apa kan,ala aku hentam jer la apa aku nak tulis,nama pun blog aku ..ehehehe..
Baru2 ni aku bawa anak aku p cucuk kat klinik kesihatan,walaupun anak aku dah umur setahun 8bulan tapi masih tak cucuk lagi untuk yang terakhir tu,bukan tak nak bawa p cucuk tapi ada saja hal dan juga baru2 ni aku exam,kalau bawa p cucuk aku p jawab exam antar kertas kosong la..Hahhhaaaa..so tangguh punya tangguh sampai la terlewat sampai 2bulan,apa lagi p klinik kena bising2 dengan nurse la..aduhai nurse oiii bukan tak mau bawa p tapi klinik u all ni terlalu laju sangat..p kul8pg,kul1030 baru dapat..tu yang maleh nak p tu..

Nak tgk wajah orang yang kena cucuk sampai tak leh jalan,cian anak ku..
Makan pun baring ja.nak buat sayang dah macam tu kena cucuk tu,nak halang bg kena penyakit la sayang..
sabar yer..

Time ni nak gerak kaki pun punya la nangis..




Lepas keesokkan hari tu,tengahari dah boleh berjalan alhamdulilah.
lega hati tgk,Pastu ptg2 aku bawa round taman la...bg senaman kaki dia..ehehee..

tu nak korek apa tu..amp amp..jangan.....

temgok pa tu yang asyik sangat tu..

nyanyi ka apa tu..

tu nak ronda mana tu...


sayang adik sangat3..besaq nanti jadi anak yang baik yer...
WE LOVE YOU AMSYAR


Ok semua nanti aku update lain yer..bye..anak dah panggil umi umi ni..
Tata titu..

Monday, December 20, 2010

Akhirnyaaaaaaa

Lalalalala....cewah menyanyi la pulak..fuh lega akhirnya dah abis exam.tunggu exam besaq punya April nih..
Semoga Allah memberkati apa yang kulakukan ini.Amin.

Dah 3 minggu aku tak dok umah aku ni,so rasa rindu yang teramat sangat,mcam pungguk rindukan bulan(yaka?????..ehehee..)..Lebih kurang cam rindukan kekasih la,sedap cikit dengarkan..
Minggu ni pulak husband aku keja pagi ja,aa sangat2 seronok..tak boleh nak bgtau dengan kata2 betapa seronoknya..

Balik umah,tengok ruang tamu,tengok bilik air,tengok bilik tidoq..aaaaa sejuk hati ini..ehehee..
mcam biasa la gambar untuk hiasan mesti akan ada..ehehehe..



Sebab apa aku bubuh gambar hiasan ni sebab aku citer pun pasal rumah kan..
gambar rumah la aku bg..ehehe..selamat terhibur.
Tata titu.............

Monday, December 13, 2010

Menghitung hari

Menhitung hari for what maslina???
eheheee...menghitung hari untuk lepas pada exam ni la,tapi jangan rasa seronok lebeh pulak sebab final exam tunggu April 2011..Tahun ni lebih tertekan la rasanya berbanding tahun2 sebelum ni,Mana taknya takut yang amat sangat la sebab final year this year.Kalau tahun2 sebelumnya kalau tak lepas leh ja ambek lain tapi tahun ni kalau .....(tak mau cakap ok)..Minta2 la lepas semuanya.Amin..
Tapi kita sebagai manusia hanya merancangkan,tp tuhan yang menentukan segalanya..
Hari ni 13hb,maksudnya lagi 6hari la untuk aku abiskan intensif ni.Setakat la ada lagi 3 paper yang aku kena pulun..huhuhuhuhu,awat banyak sangat nihh...
Ada lagi 2 subject ekonomi dan juga subject math.aduhai....
Permudahkanlah segalanya....

Harini kenapa aku cam free pulakkan,siap leh update blog ni,,ehehee..
Takpa lepas tension untk jawab soalan pagi tu..ehehehe..lagipun lama tak bercakap2 dengan blog aku nih..
Aku ada kelas malam nanti,nak ponteng rasa sayang pulak,so lepak jer la kat hostel,malam nanti baru balik lepas kelas..
Dok hostel buat apa yang patut la..
Rasanya cam penat dah jari aku dok bercoleteh,k lar kita jumpa nanti2 la noh.
Tata Titu......

Gambar hiasan untuk sapa2 yang rindukan aku..hahahha...(Terutamanya suami aku)..



Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam maal hijrah untuk semua..aku masih lagi pulun berjuang untuk exam yang seterusnya.Masih ada 6 paper lagi.Semoga Allah sentiasa memberikan perlindungan dan rahmatnya kepada kita semua dalam meneruskan kehidupan ini.
Azam tahun baru islam ni,semoga aku dapat menjadi umat yang lebih baik dari sebelum ini.
Semoga apa yang aku perjuangan mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya..
Semoga Allah sentiasa memberikan kebahagian kepada rumahtangga ku..
Amin..


Allahhu akhbar!!!!!!!!!!!!
Allahhu akhbar!!!!!!!!!!!!
Allahhu akhbar!!!!!!!!!!!!


Wednesday, December 1, 2010

Badan tak sihat laaa...

Pagi tadi aku ada kelas kul 10-12tghari,Bangun awal2 pagi sebab nak tgk video conference untuk subject hari ni.Semalam plan nk bangun kul4pg,aduhai tak boleh la,tak leh nak bangun sebab tidur tu best lagi..ehehehe..
Pastu kena bangun awal2 pgi utk study sikit2 la,klu p kelas tak tau apa2 mcam tak berbaloi ja kan..
Pastu lepas kelas kena p kat pejabat USM pppjj sebab ada modul yang belum dapat lagi.Memang lecei betul la kena p jumpa timbalan dekan la apala..Macam2 aku kena buat pulak,last2 selesai semua urusan tu pukul3ptg,aduh penat sangat2 sampai terus rasa nak demam.
lagi 2 hari ada exam pulak,kena study untuk subjek tu pulak,JIM 417-Partial Equation.
Doakan aku leh jawab nanti..Tata titu...

Sunday, November 28, 2010

Hari Pertama

Hari ni hari pertama aku daftar kat USM,mudah2an ini adalah tahun akhir untuk aku..Doakan yer..:)
Perasaan harini sangat2 penat dan letih tau,yala hostel kat luar kampus,jauhnya..Kena jalan jauh tau naik jejantas.Dah la jem sampai 2jam kat dalam jalan USM..huhuhuhhu sungguh memenatkan..
Malam ni aku ada pb untuk JIM419(Complex Variables) kul9mlm,huhuhu penatnya aku....
Nasib bek malam nanti aku balik dengan sis hanna aku so tak la takut sangatkan..Yala pb aku abis kul11 malam,takut jugakla kan,nak dok hostel tinggal anak aku tu kesian la pulak,aku sanggup ulang alik untuk dia.
Tahun ni aku banyak la pulak kelas malam.aduhai..sabar jer la kan..
K lar aku nak p sembahyang dan nak study apa yang patut la..Tata Titu...Bye..
Good Luck pada diri sendiri..eheheheh

Wednesday, November 24, 2010

G.I.G.I

Rasanya lama aku tak update blog ni kan..Lately aku bz untuk siapkan semua assgment yang ada dan jugak buat persediaan untuk exan pada 29/11/2010 ni..Aku akan bercuti keja selama lebih kurang 3minggu.
Kalau masa tu aku tak update apa2 faham2 la noh.
Kali ni nak post entry apa yer..ermm...pasal Amsyar la..pasal gosok gigi..tu yang entry ni title G.I.G.I..
Layan jer la..anak aku dah ada 9batang gigi kot..Sebelum gigi rosak kena la gosok gigi,Ingat senangka nak gosok gigi budah bawah 2thn nie,kadang2  tu dia gigit semua berus gigi dia..nak tgk berus gigi amsyar.
Jeng jeng..



reaksi amsyar gosok gigi tanpa ubat gigi sebab ubat gigi tertinggal umah tok..:)
Janji gosok la sayang..ehehee..

tu gosok gigi ker hisap berus gigi tu..



Siap senyum lagi sebab gosok gigi..

K lar aku nak p study pulak,asyik update blog jer ni nak jawab apa la exam nanti kan..ehehehe..nanti aku tension2 study aku update len k..
Tata titu...:)

Friday, November 12, 2010

Besday Kam Maria

Harini kami buat Besday Kak Kam Maria.
Heppy Besday kak,semoga panjang umur dan murah rezeki..
Kami buat kat Restoren Pokok Manggis kat kulim ja sebab malas nak p jauh2,lagipun p pun masa lunch saja.Nak tengok menu2 kamu..Jum..

Ni Daging Goreng Rempah - rasa cam makan keropok,tapi sedap..

Semua menu2 kami la,p seramai 14orang so kami buat 3hidangan yang macam ni

Siakap 3 rasa,sodapppp
 Ni antara2 yang menyambut,masa ni tunggu besday gurl la..

Ni kek Chesse Cake hasil dari Baizura (yang baju biru tu,sapa2 nak tempah leh tempah kat dia,dia memang pandai n suka buat kek)..Cita2 nak buka kedai kek kot..

Ni la besday gurl yang dirai - Kak Kam Maria..
Selamat hari Jadi kak..:)

Biasa la kalau tak dak gambar aku tak leh la kan,nama pun blog aku kan..eheehe
Nak tunjuk ni tudung baru ..ehehehe.ciwi..



gambar kenangan....Nanti2 aku load lagi k...nak p celebrate besday Samuel pulak.bye...

Sunday, November 7, 2010

Alhamdulilah semua selamat

Kan aku ada citer pasal anak aku kan kt entry yang lepas..Ingat tak?klu tak ingat godek2 sendiri la entry yang lepas yer.Kalu ikut perancangan aku n husband nak p scan hari ahad,tapi tengok2 ahad tu husband kerja,jadinya aku la terpaksa berkorban,aku ambek cuti emercency leave hari khamis lepas.Nasib baik boss baik,aku bukan apa,aku ni jenis suka risau lebih..Husband aku kerja malam,so balik pagi tu terus p tanpa tidoq pun,kesian kat husband,tapi nak buat camna kan,kena la korban demi anak.Kami sampai kat metro specialist dalam pukul 10pg kot,tau tak dapat no bapa?no 13..Tau tak dapat jumpa doktor pukul bapa??huh sungguh menguji kesabaran kami berdua.Jumpa doktor pukul 1 tengahari,bayangkan 3jam kami terpaksa tunggu.pukul1030 baru doktor mai,aku tak pasti kenapa lambat sangat sampai macam tu,sepatutnya swasta mesti cepat kan,ni dah macam hospital kerajaan.Lambat sangat2..Rasa cam nak balik ja sebb lambat sangat,tapi demi anak kuatkan semangat jugak la.
Bila masuk2 ja jumpa doktor,doktor kata ooo Azeem baru datang harini,nak scan kan.kitaorang terus kata ermm nak scan..Pastu doktor kata sekarang dah pukul1 tengahari semua orang dah pergi lunch,boleh tunggu sampai pukul230 ptg untk scan..Fuyooo..lagi 1jam setengah..Sabar saja la..
Kenapa la tak cakap dulu pergi terus bilik scan..tak payah la kami tunggu 3jam hanya untuk pergi bilik scan.Huh...Aku sangat2 kesian kat husband,dia dah la tak tidoq lagi pun,kerja malam..
(Bila Amsyar besar nanti jadi anak yang baik tau,tengok ni umi n ayah sanggup buat apa saja untuk sayang)


Dah la Amsyar ni aktif nak lari sana cini,penat oooo nak kawal,tambahan pulak tunggu lama2 camni..


Budak bucuk umi nih

Tengok air terjun sampai macam tu..ehehehee




Ni tempat yang paling dia suka main..

Lari2,terus jadi lapaq...

Tengok tu minum pun kot arah lain,takut aku minta..eheheheehe..




Penat aku pegang amsyar camni tau,sapa nak tolong pegang sila angkat tangan..eheheehe..
Aku paksa tangan husband aku la..ehehehe..

Dah kena tunggu untuk scan lagi 1 jam setengah so terpaksa la lunch kat metro ni..
Aku order nasi putih RM1.00,sup sayur campur RM5.00,telur dadar RM2.00,Mee goreng RM5.00,air teh ais RM2.00,Air teh panas RM1.30 dan jugak milo suam RM2.00.
Total RM......Kira sendiri la..ehehehe..Mee ni sedap,walaupun RM5 sepingan,kira ok la.:)



Tengok muka budak yang tak sabar2 nak makan tu..

kenapa muka aku nampak pucat giler..ni dah muka yang lama tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Sekarang bukan main suka nak makan sendiri..




Terus muka ceria,dapat makan kan..ehehehe..

Ni bukan aku yang makan tau,Muhammad Azeem Amsyar yang makan sampai macamni,
nak buat camna kan..

Mula2 dia tengok orang baringkan dia pun dia dah semacam dah,aku pun buat2 la bacakan buku kat Amsyar,dia pun tengok cam pelik2 jaa...

Bila doktor scan perut dia terus dia nangis2,peluk2 leher aku,umi umi...
cian Amsyar mesti dia takut sangat,dia ingat nak buat apa kan.ni Doktor Rohana,mula ja dia scan aku terus tanya,ada apa2 ker doktor,doktor kata setakat la alhamdulilah tak dak apa2,semua normal..
Dia scan lama jugak la,mungkin untuk confirmkan betul2..
Alhamdulilah Ya Allah,anak aku cihat dan tak dak apa2..
AKu bersyukur sangat...:)

Tengok tu sedih sampai tak mau nak tengok mana2 dah..peluk aku sampai tak mau mau..ehehehe
Adik ni tak kan la umi nak biar orang lain sakitkan adik,tak aih..umi cayang adik la..
Love u so much sayang..


Lepas scan kena jumpa doktor balik,tengok tu wajah orang heppy n lepas teriak.heheehehee





Masa ni sat jer tunggu sebab semua orang dah tak dak,doktor cek2 semua dan tengok report dari pakar scan,dia kata Amsyar cihat dan tak dak apa2...alhamdulilah........
AKu bersyukur sangat2..
K lar Amsyar pun dah jaga tidoq..tata titu
Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.