Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

?????????

Nak bagi title apa pun aku tak tau,tapi yang pasti aku nak tanya macammana nak jaga anak daripada tak jatuh ketika usia 2thn..Anak aku ni sekarang asyik2 terhantuk sna,terlentang cini,kesian sangat.

Minggu lepas terjatuh katil,kesian sagt smp bengkak kat dahi mungkin terkena tiang katil,semalam terlentang pulak licin minyak yang dia buang sendiri,tak sat pulak kat umah tok dia terhantuk pintu bilik..adoiiii...bengkak balik kat dahi tu..Ya Allah pelihara la anakku,jauhkan anakku daripada apa2 yang bahaya,kau jauhi la anak aku dari semua bencana..Amin..
Kat dahi tu baru nak baik ja

Untuk Amsyar ku
"Amsyar umi tak tau macam mana nak elakkan adik daripada jatuh ataupun terhantuk,takkan umi nak pegang tangan adik sepanjang masa nanti adik rasa dikongkong dan mungkin adik pun tak suka kan..Kalu umi biarkan adik main,mesti ada saja jadi kat adik.Sayu ja hati umi ni kalau tengok adik nangis terhantuk apa2..Bagi umi terhantuk pun takpa daripada adik yang kena"huhuhuhu....
Sayang umi semoga Allah adik sentiasa berada dibawah rahmat Allah,semoga adik sihat dan jugak membesar dengan otak yang cerdik..Amin Amin Amin.."


Umi sayang sangat kat Amsyar,sayang teramat sangat..
Macammana adik selalu kiss umi dalam phone,mai umi nak kiss adik pulak..
Muaaahhhkksssss.....................................

Monday, February 14, 2011

Mood - ?????

Aku menulis bukan kerana nama,hahahaha cam lagu puisi pulak.Kadang2 kita nak menulis blog tapi tak tau nak menulis apa kan,kadang2 ada benda nak menulis tapi rasa malas menguasai diri,kalau malas menguasai diri apa pun tak leh buat,begitu kuatkan penangan "MALAS"hahahaha..hari ni mood aku untuk menulis bertalu2 cam kompang dipalu(kalau sapa tak tau email aku k..hahahaha).
Harini kalu nak aku taip semua mukasurat paper metro pun boleh,ada percaya???aku pun tak begitu percaya aku mampu buat camtu,tapi harini aku memang SUKA nak menaip saja.taipla apa saja,rasa ringan ja jari jemari aku ni.
Harini aku update status kat FB mengalahkan berita warta berita TV1 dan berita Jam 8 kat TV3,begitu banyak sekali,tangan aku ni tak leh tgk benda yang boleh taip,mesti nak menaip..
Adakah sebab jari aku rajin cam aku hari ni???
Aku pun kurang pasti,tapi yang pastinya harini tiada perkataan MALAS dalam diri aku ni..ehehe.

Aku nak share ngan you all tentang serba sikit diri aku la,baru kita leh kawan kan,
Bak kata pepatah 'SHARING IS CARING"..

Sikap aku???
1~Aku ni seorang yang bersabar,tapi kadang2 tu tahap kesabaran aku ni ada la had dia,AWAS jangan ambek kesempatan diatas kesabaran seseorang.
2~Aku ni suka sangat pada benda2 yang cantik2..apa yang cantik semua aku suka,sebagai contoh aku suka pakai baju cantik2,cuci muka cantik(aii cam pelik ja,tu salah la Pn Maslina,cuci muka bersih2..),aku suka tengok orang yang cntik2 juga.Bagi aku bila kita tengok benda cantik2 kita pun terasa cantik juga,tapi kadang2 bila tengok orang yang cantik2 tetiba rasa diri hodoh pulak..hahaha..Aku suka pakai cantik sebab itu untuk keyakinan diri bukan untuk menunjuk tau.
3~Aku ni kalau husband cuti,mesti aku susah nak bangun p keja,camna la nak ubah perangani ni tak tau..ehehehe.
4~Aku ni suka SHOPPING-aku rasa semua perempuan kat dunia ni suka shoppingkan..

Makanan yang aku suka??
1~Semua makanan la janji tak pelik,kalau pelik aku memang tak makan.
2~Paling suka air yogurt.Kalau beli mesti beli banyak.

Mesti you all kata dalam hati,amboi2 Pn.Maslina update pasal yang elok2 ja kan,sikap buruk tak update pun,
Kan dalam islam tak baik mengaibkan orang lain,begitu juga tak baik mengaibkan diri sendri,so sikap buruk tu biarlah rahsia(cam lagu CT)..Manusia mana perfectkan..:p

K lar nak bersiap2 nak kuar ni..TATA TITU..
Jumpa lagi kawan2 silent aku...

Maulidur Rasul

Apa yang you all faham tentang hari maulidur Rasul??
Pada sesiapa yang tak tau apa itu maulidue rasul,ni la kisah dia..

"Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya."




Semoga Allah sentiasa merahmati keluargaku dan semua umat Islam yang beriman kepadanya..
Amin.



Pengalaman menjadi Umi!!!

Dok saja2 ni teringat pulak saat melahirkan Amsyar,yala tujuan aku tulis pasal tu bukan apa,kalau aku ada anak ramai nnti smp 10 orang ka,kan lain2 sakit kan,entah2 aku dah lupakan,tapi bila dah aku load kt blog ni,ingat la aku camna aku lahirkan amsyar,pastu bila amsyar besar nanti,boleh la dia baca balik camna umi dia melahirkan dia, mesti dia tak sampai hati nak melawan cakap umi kan..
Aku start cuti masa tu awal 2 minggu sebelum bersalin,punya la takut bersalin awal so ambek cuti awal2 siap2..tu dia punya la nervous.Masa tu aku mengandung sama dengan kawan aku masa sekolah namanya Rohani,dia sepatutnya bersalin lewat pada aku tertiba ja bersalin awal sebulan,mana la aku tak nervous kan..Aku start ambek cuti 2 minggu awal tp aku tak bersalin pun awal,lagi 2 hari due baru aku bersalin.sampaikan maternity aku dah jalan dah pun aku masih memboyot lagi..hahahahaa..

Ingat lagi masa akhir2 mengandungkan Amsyar,aku ni tak boleh langsung terpikiaq nak kuaq p jalan2 mesti terus aku rasa sakit kat perut aku.Mungkin amsyar nak aku dok umah ja kot.Kalu dok umah ok ja..Tu kan anak sulung aku,mana la aku tahu sakit nak bersalin camna,rupanya cikit2 tu bukan,Cuma testing ja..ehhehehe.

4 April 2009,lepas maghrib aku tak rasa sakit langsung pun,p toilet ja turun tanda.aku ingat apa,aku tanya la mak,mak kata tu tanda nak bersalin,terus takut sangat.tapi cool ja sebab aku pun memang tak sabar nak tengok bayi yang aku kandung 9bulan 10 ari tu..

Muka cam sapa.hidung cam aku tak,kulit cam aku tak,tangan cam aku tak..tapi semua tu meleset sebab semua nya bnyak ikut ayah dia,mungkin gen ayah dia kuat lagi pada aku kot..hehehe.
Manusia yang paling heppy di dunia ni mesti husband aku n aku la.Kami tunggu penyeri rumah kami tu sampai 2 thn setengah tau.bukan tempoh masa yang singkat tau.

Lepas turun ja tanda tu,aku malas ja nak p hospital lagi,tapi mak aku suruh p,dia kta takut aku bersalin nanti,sapa nak sambut,mak aku bukannya ada sijil sambut bayi..hhahahahaa.
Oleh kerana nak jadi anak yang baik dan taat so aku p la.Perjalanan ke hospital kulim ambek masa 15minit ja pun.sampai2 ja kat pintu kecemasan diaorang suruh aku dok atas wheelchair,aku boleh jalan lagi la.tapi dah orang soh duduk,duduk jer la..Dalam hati aku berkata “aku nak bersalin dh ka ni,takutnya”….masa tu pukul9malam.

Aku terus dibawa masuk ke dalam labour room,masuk ja dalam tu aku lagi nervous,takut sangat,yala tempat tu asing bg aku,aku tak pernah masuk dalam bilik2 camtu,memang la aku pernah dok hospital dulu,tapi takla dok dalam bilik camtu,kt perut aku diaorang letakkan satu alat untuk tengok nadi bayi samada bayi stabil or not.

Aku pun tak tau setiap kali letak benda tu kat perut aku,aku rasa sakit sangat,bila diaorang buka rasa tak sakit pun..check punya check baru buka 2cm.so sapa2 yang dah jadi ibu mesti tau kan,kena buka 10cm baru leh bersalin kan.
Aku ditolak masuk ke dalam wad menunggu dulu,husband aku p beli nasi n roti kat aku dulu,kata doctor aku kena makan untuk kuatkan tenaga masa nak bersalin nanti,kita kena la dengar cakap doctor kan,kalu tidak nak dengar cakap sapa lagi kan.Husband aku dah janji masa sebelum aku pregnant lagi yang dia nak teman aku untuk berjuang melahirkan anak kami,dia terus pergi kaunter dan minta isi form untk teman aku bila aku betul2 nak bersalin,aku tau suami aku tu takut darah,tapi dia kuatkan semangat dia juga untuk menemani aku,terima kasih sayang ku..tak dak suami sehebat dan sebaik mu sayang.

Aku tak rasa apa2 pun sampai la pukul6pg aku rasa sakit sangat2 sampai gigit bantal la..
Nak menjerit satg orang marah pulak kan,gigit bantal sampai nangis2 la..dalam hati itu berzikir saja..masa tu suami aku tunggu kt rumah,tak sampai hati aku nak biar dia tungu kt luar sorang2.lagipun masa malam tu belum sakit.husband aku datang kat aku pukul7,masa tu memang aku sakit sangat2 sampai aku nangis kat dia.airmata ni meleleh2 saja.isteri yang manja katakana..eehehehe.
Suami aku urut2 aku,dia cakap kt aku “sabar yer sayang”zikir banyak2..
Pastu aku gtau dia aku tak tahan sangat kt jururawat tu,diaorang pun chek,tengok2 dah buka 4cm,dalam hati aku haaaa,baru 4cm..adoiii, kena tunggu lama lagi ni.

Doctor kat citu kta aku kena bawak pergi labour room dah,aku pun msg saja husband aku kata aku kt dalam labour room,masa tu husband aku p break1st kt hospital tu.aku msg ja kata aku kena masuk dalam tu dh,dia terus tinggal semua makanan dia.mesti dia sangat risau masa tu,
Aku masuk dalam labour room pukul 9pg.masa tu Allah ja tahu camna sakit,nak citer pun tak tau camna sakit.tapi memang sakit la.aku sampai dah tak ingat suami aku dah.tengok2 dia dah pegang tangan aku.dia beri semangat kat aku..

Setengah jam pertama aku masih 4cm,”dalam hati aku sampai bila nak sakit camni”tak tahannya. Dengan kekuasaaan Allah,lepas 5minit tu terus buka 10cm dan bayi lelaki kuar dari perut aku,masa tu perasaan aku sedih n heppy sangat2,Allah mendengar permintaan kami berdua.
Terima kasih Ya Allah,dengan kekuasaan mu kami berdua lebeh bahagia dari dulu.
Amsyar la segala2nya..
Husband aku terus cium aku tanda terima kasih kerana melahirkan bayi untuk nya..
Aku dapat lihat dia heppy sangat.

Amsyar,umi n ayah sayang sangat kat sayang…Muahkkksss…

ni la anak aku yang sekarang dah besar dah..
lagi 1bulan lebeh dah nak masuk 2thn..

Senyumanmu pengubat hati umi n ayah..
Nanti jadi anak yang baik n soleh.
Umi harap Amsyar akan jadi anak yang cerdik dan pintar..
Amin Amin Amin...
Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.