Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 4, 2011

Pengalaman menjadi umi kali ke2..

Assalammualaikum....

Bersyukur ke hadrat ilahi,alhamdulilah aku dah selamat melahirkan baby boy 3.5kg pada 21 Nov 2011 yang lepas.Harini dah hari ke 11 aku berpantang kt umah mak aku la..

Ni diary aku sebelum bersalin:-

20 Nov 2011
Sepatutnya aku kena pergi check kt klinik hari isnin tp oleh sebab tak larat dah nak drive pergi klinik,aku pun ajak hubby p klinik siap2 hari ahad tu,pastu bila check,nurse kata pergerakkan jantung baby aku tu lemah cikit,dia tanya aku pergerakkan baby ok ker tak?aku perasan la yang baby dah kurang gerak,kalau tidak tendang berdentum2 (ehehehee...cam bunyi meriam la pulak..hahahaha)..tapi sejak dari malam sebelum tu dia kurang gerak ja.so diaorang refer aku p scan dengan doktor,doktor check ok melalui scan tp dia tetap nak aku refer hospital,yala takut apa2 jadikan..so aku pun kena p la hospital kulim..aku pergi hospital pun dalam pukul 4ptg,masa tu aku dah 38weeks.
Aku terus pergi ke labour room dan diaorang monitor jantung anak guna mesin tu la yang selalu guna untuk orang pregnant tu,jantung anak aku ok lagi la tp diaorang tak mau lepaskan akula(cewah ayat cam aku ni penting sangat..ehehehe..as per doktor aku dah 38weeks,kalau aku balik umah sapa nak monitor anak dalam perut tu,do diarang bagitau yang selalunya diaorang akan induce untuk percepatkan aku bersalin..

APA?????INDUCE!!!!waaa benda yang aku takut sebab aku dengar dari orang induce sakit dia lebeh lagi daripada sakit bersalin biasa.rasa cam menyesal jer mai hospital tapi aku pikiaq positif balik,dari jadi apa2 kt baby aku,lebeh baik aku induce,doktor lebeh arif kan dari aku..
Hopefully masa aku nak bersalin tu dipercepatkan dan berlalu la cepat2...

21hb Nov 2011
Pagi tu  pukul 630,bermula kisah nak bersalin..doktor masukkan  sebiji ubat,aku tak rasa sakit pun dah smp pukul 1230 tengahari check pembukaan bari 2cm,sakit tu biasa2 saja..pastu bubuh sebiji lagi,so total 2 bijila..
sampai la pukul 4:00ptg aku rasa la sakit tu tapi masih leh tahan.pukul 6ptg aku memang sakit kuat,rasa cam nak terkeluaq punggung2,oooo memang sakit induce ni lebeh sakit dari biasa la bg aku,memang kalu diberi peluang aku tak mau induce,memang tak leh tahan..
Check pukul 6ptg aku dah buka 5cm so apa lagi kelam kabut diaorang tolak aku masuk labour room sebab ni anak ke 2.mungkin diaorang takut aku cepat kottt..
Dan alhamdulilah aku ada luck hari tu,hubby leh masuk sekali.memang dia la penguat semangat aku..
terima kasih sayangku...
Pukul 7:39malam dengar la suara anak aku Ayish menangis kuar dari rahim ku,baby yang aku kandung selama 9bulan ni..
Alhamdulilah aku bersyukur sangat2....

Ni gambar aku masa pagi tu,ni masa sebiji ubat saja..relax la dulu..hahhaaha..
Amsyar rindukan umi yer,yala tu la malam pertama aku tak tidoq dengan dia..mai2 peluk terus..
Aku pun mlm tu asyik rindukan dia ja,nak cakap pun tak leh,sebak ja rasa bila dia tanya umi umi....
huh sedeh!!!!

Ni masa doktor nak monitor jantung baby dalam perut...Masa ni Amsyar tgk muka dia kesian kt aku ja,yala umi yang dia sayang smp kena pakai camtu,dia ingat apa tu...


Ni masa ni dekat pukul 6 dah aku dah sakit kuat..paksa diri minum air milo sebab takut satg tak dak tenaga nak berjuang..gambar ni hubby aku yang ambek,aku pun tak perasann...tengok tu muka aku memang tahan sakit....ish trauma aih bila tgk gambar ni....tapi demi kasih sayang ku pada suami ku kerana Allah dan untuk meramaikan umat islam,aku rela untuk berjuang lagi.....dan lagi...ehehheee
seronok bila baby ada depan mata ni.....besh!!!!


Ni la gambar pertama yang hubby aku ambek dalam labour room,
Muhammad Ayish Aqeef - Yang terpuji,yang hidup dan memberi tumpuan sepenuhnya..
Semoga Ayish menjadi anak yang soleh seperti nama yang umi n ayah bagi nih...
3.5kg...
Date : 21 Nov 2011 - 7:39pm..selepas maghrib..Alhamdulilah..
Allahu akhbar.......!!!!


Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.