Always listening Always understanding
Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....
MY LOVES
Tuesday, July 24, 2012
hari 4 berpuasaa
Friday, July 20, 2012
4days 3night
Sunday, July 15, 2012
Ayish kena nebulizer
Saturday, July 14, 2012
virus rozeola
Salam..rupanya ayish kna virus tu or nma kampung dia demam campak..patut la mlm2 demam..baru naik cikit2..nmpknya ayish belum.boleh blik..kna stay kpj lagi sebab batuk n selesema kahak dia belum ok.
Arini dah 3ari disini..wuaa wua bosannya dok hospitl.sib bek private klu gh lg bosan la kot.husbnd mai pun waktu melawat ja..ni sentiasa ada..tkpa la bby ayish umi tunggu ayish smp sembuh k.tuk ank umi ni..muahkkss
Friday, July 13, 2012
1st time ayish kt kpj hospital
Assalammualaikum..Tiada apa yg aku harapkan daripada anak aku sembuh tu ja..alhamdulilah ayish dah cihat..dah tk on off dah demam..tidoq mlm pun dh ok..klu tidak teriak ja...semlm.overnight kt cini aku n hubby ja..amsyar blik..waaa rindunya kt cayunk amsyar..minta2 rini dah boleh discharge hospital..ni 1st time aku masuk private...ok la selesa byk berbanding gh.tu normal la sebab bayaran pun lebih kan..sib bek ayish dh cover prudential..klu tidak jenuh nk byar..sib bek aku beringt sebelum sakit..
Tgk ayish dh nak main2..dah cihat dah..terima kasih Allah..we love you....
Sunday, April 15, 2012
Kehidupan
Cmna lah aku nak update blog hari2,bilala masa tu kan..masa 24 jam tak cukup rasanya untuk aku..(tapi tak baik tak bersyukur kan).Kita sebagai manusia Allah dah bg masa yang samakan,camna kita manage tu yang penting kan.Emm aku sejak2 akhir2 ni serabut cikit,sebab nya biarlah aku dan orang yang dekat2 ja tahu,orang jauh2 tolong doakan yang terbaik tuk aku k..
Sayang uolss....
Semua orang ada tekanan kan,ada tak seseorang tu hidup dalam suasana yg sentiasa tenang ja..sapa ada tolong call aku..hahahaha..Aku pun ada dalam keadaan tertekan sekarang..:(
Sangat tertekan......:(
Tapi kena letk gambar ceria..ni masa kami berdua dulu..sebelum ada amsyar & ayish..
Sayang la kekuatan ayg...Love u.....
Sunday, March 11, 2012
Kumerindu...
Rasanya lama aku tak update blog ni,rindu sebenarnya nak update,aku memang suka menulis n menaip tapi apakan daya masa tidak mengizinkan..
Masa terlalu cepat ja sehari2..Kat tempat keja sekarang sememangnya bzzz teramat,balik ja umah dengan anak2 lagi,mana sempat nak tgk blog kan,bukan setakat nak menulis blog tak sempat,nak mengendap blog orang pun tak sempat,haa dpt bayangkan???cewah tunjuk cam bzzz teramat tu..:p
Mula2 citer pasal2 anak2 la,nak citer pasal apa lagi kan...
Amsyar lagi sebulan dah 3thn,wah sgt cepat aku rasa masa kan,dulu amsyar sorang ja tp sekarang dah berdua,ditemani adik Ayish ucuk macam!!tu panggilan along kt adik tau..
Amsyar still berat badan 12kg ja,makan jenuh paksa,mungkin tahap umur camni kot.
aku yang tak pandai masak spageti punya belajar masak supaya dia selera makan,tapi emmmmm tak pun,makan 3 suap ja.pastu terus ttup mulut rapat2.huhuhuhuhu..tp tak pa umi akan cuba lagi...
Ayish pulak dah 3moth ++,dah 7.1kg,membesar dengan cihatnya..Alhamdulilah..masih fully breastfeed,insyallah aku akan bg smp umur 2thn,insyallah....
Kali ni takdak gambar,nnti aku load lain k,ayish dah panggil dah ni..
Monday, January 30, 2012
Penyusuan Ibu penting!!
Harap2 entri kali ni dpt bantuan semua orang.
Sebelum tu meh kite kenal ngan istilah2 penting ttg ASI yg diperah ni.
EBM = Expressed Breast Milk.
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi tau.
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku.
APAKAH BEKAS YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENYIMPAN ASI?
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
bekas kaca adalah yg terbaik tetapi agak sukar dikendalikan
bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
Bekas dadih – Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
breast milk storage liners khas untuk menyimpan EBM
BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM SUHU BILIK?
Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25o C – 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
Jika bilik ber-AC (15o C – 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.
BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM FRIDGE/FREEZER?
Susu ibu yang disimpan dengan baik akan menjadikan susu tahan dengan lebih lama.
Bekas penyejuk (cooler bag/box : 0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Peti Sejuk (2 pintu)
bahagian beku (-18 hingga -20 °C) – 3 bulan
pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) – 3-7 hari
(selepas dibekukan) – 24 jam
Peti Sejuk (1 pintu)
bahagian beku – 2 minggu
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.
PERINGATAN !!!
Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.
BAGAIMANA CARA MENYIMPAN ASI YANG BETUL?
Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan.
Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan.
Simpan dalam peti sejuk. simpan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. jangan simpan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil
Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh. Pastikan ade ruang kosong untuk pengembangan berlaku bila susu membeku.
BAGAIMANA RASA ASI YANG SUDAH BASI?
Sebenarnya jika ibu mengikut cara penyimpanan yg betul, ASI tidak mungkin akan basi. Kadang2 mmg bile disimpan/disejuk bekukan akan berlaku perubahan warna dan rasa, tapi itu x bermakna ASI sudah basi.Asalkan ibu menjaga kebersihan semasa mengepam, menyimpan ASI dlm botol yg steril & bertutup rapat, dalam jangka waktu yg ditetapkan seperti diatas dan memanaskan EBM dgn betul, insyallah ASI terjamin khasiatnya. Dibandingkan dgn susu formula, ASI lebih tahan lama dan EBM lebih baik drpd susu formula.
SELAMAT MENYUSU ..
TATA TITU..
Tuesday, January 17, 2012
Update pasal hidup
Ayish dah 56 hari ni,lagi 4 hari kena pergi kerja la,tapi kebetulan raya cina so aku cuti lagi smp la minggu depan hari rabu baru aku kerja..Beratnya hati nak tinggal anak2 p kerja,nasib bek tinggal kat mak,kalu kat orang bertambah berat la hati ni nak tinggal hero's aku tu..
Amsyar bangun pagi2 ja kalau tengok aku bersiap mandi mesti tanya umi nak p mana,kalau cakap p kerja mesti nangis dan kata umi jangan la p kerja,p la esok..selalunya esok esok...esok pulak kata esok lagi...ehehee..kesian dia..Kalu la umi ni berada sayang,umi dah hantar surat resign untuk jaga permata hati umi ni..doakan kita murah rezeki dan umi dapat dok umah tapi gaji bulan2 umi dpt..ehehehe..ada ker camtu????ehehehee...
Ayish pulak sentiasa berkepit dengan aku,susu botol pun minum waktu terdesak ja dia,betul2 lapar baru dia minum,kalu tidak jangan harapla dia nak minum..risau jugak nak p kerja ni takut dia mengamuk2 cari susu umi dia.walaupun aku memang 100% breastfeed tapi kan guna botol,dia tak berapa suka.biasala baby2 memang camtu kan,kena ajar jugak walaupun tak mau,baru la dia biasa nanti.
Ni ayish yang terbaru...
ni lengan Ayish,berkatam2...22hb ni baru p timbang..
Tuesday, January 3, 2012
44hari sudahhhhh
Dulu masa dalam pantang hari2 aku mengira.Lagi 2 weeks lepas raya cina aku kena start keja dah..Amsyar & Baby Ayish mak jaga..terima kasih yang tak terhingga mak..Jasa mak takkan kulupa..
Harini sepatutnya aku kena jaga anak2 aku sorang2 kat umah aku tapi husband aku kesian kan aku terus tak p keja,tolong aku jaga sama..Nasib baik OT saja,kalau keja terpaksa la p kan.
Esok bermula la aku kena menjaga anak2 aku seorang diri siang2 la.Minta2 Allah permudahkan segalanya.
Sapa kata jaga anak2 kecik2 ni senang,angkat kaki!!!Aku memang mengaku banyak kena bersabar dan kena kuat!!!cam iklan serbuk pencuci kat TV tu,KUAT HARIMAU!!
Harini jaga dengan husband pun kelam kabut,yala mana nak masak lagi kan.
Esok kalu cam ni jugak leh teriak guling2 umi ni..
Aku memang puji la kalu sapa2 yg jaga anak setahun sorang smp3 orang..bukan senang taw..
tera nak bagi biasa,jenuh terkejar sana cini tapi tu la yang akan jadi kenangan kan..
Nanti mesti kita akan rindu saat2 tu balik kan..
So susah ker senang ker,aku kena menghargai semua tu..
Amsyar tolong umi tau,tolong bagi kerjasama k..
Baby Ayish tolong senangkan umi jaga esok k.Baik2 yer tayang..
K lar aku share gambar Ayish sebulan masa tu..
Masa tu 4.7kg..
Eh mana aci takdak gambar abg long kan..not fair ok..
Umi mesti kena letak gambar anak kesayangan umi jugak k..sat2 nak godek2 cari gambar..haha.....
jumpa dahh...
ni masa Amsyar dalam pantang jugak dulu..sama tak dengan Ayish.?
K lar cukup kot setakat ni entry kali ni..Tata titu....!!
Monday, January 2, 2012
Muhammad Ayish Aqeef
Ringan kepala la cikit no tayang..
Abg long sayang baby Ayish
Umi pun tak melepaskan peluang utk bergambar walaupun dlm pantang.eeehehee..
masa ni 14hari dalam pantang...harini dah 44hari..dah abisdah...sat jer kann masa berlalu...entry ni baru dapat publish...
ni menu utk Ayish...Kurma & air zam zam...
Ni la menu utk haritu
Ciuman seorang umi..
Semoga anak umi ni jadi anak yang soleh dan dengar cakap umi & ayah...
Untuk abg long pulak, sayang baby Ayish tau...kawan elok2..umi dah bagi kawan ni,nnti tak payah la kawan dengan bear dah..eheheheh
Love u Amsyar & Ayish!!!!!!!!!!!!!!!!
Tata Titu semua!!!