Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 9, 2010

Besday Hubby

Dok pikiaq punya pikiaq tak tau nak bawa hubby makan mana untuk celebarate besday dia.
Pastu last2 pilih p celebrate kat Kenny Rogers jugak la kat Sunway Karnival Mall.

Nak beli kek yang besar2 kami pun kureng cikit dengan kek ni,so beli je la 1 slide untuk hubby.
Tu pun tak abis..ish ish...

Sebelum makan kita nyanyi dulu :-
"HEPPY BESDAY TO U"
"HEPPY BESDAY TO U"
"HEPPY BESDAY TO CAYANGKU"
"HEPPY BESDAY TO U"

Adik pulak nak nyanyi kat papa dia :-
"HEPPY BESDAY TO PAPA"

"HEPPY BESDAY TO PAPA"
"HEPPY BESDAY TO PAPAKU"
"HEPPY BESDAY TO PAPA"

Ucapan untuk sayang :-
Semoga sayang panjang umur dan murah rezeki,
Semoga cita2 sayang akan terlaksana,
Semoga kita bertiga menjadi heppy family dan bahagia selalu,
We love u so much sayang.


Coretan kasih sayang ayg utk abg :-
Sayang,
Terima kasih diatas semua kasih sayang abg kepada kami berdua,
ayg menghargai semua kasih sayang yang abg lakukan untuk ayg selama ini,
sayang adalah suami terbaik dihati ayg,
sayang selalu akan korbankan segalanya demi untuk kami berdua,
sayang selalu berusaha untuk memberikan ayg yang terbaik,
ketika ayg jatuh,sayang akan kuatkan semangat ayg,
ketika ayg sedih,sayang akan menjadi pendengar yang baik,
ketika ayg heppy,abgla orang yang paling gembira,
ketika ayg berjaya,abg kan berikan ucapan ciuman tahniah,
sayang selalu berdoa untk kesejahteraan ayg,
terima kasih sayang kerana selalu menyayangi ayg n adik,
terima kasih sayang kerana sentiasa menyayangi mak ayg dan family ayg,
terima kasih sayang kerana menjadi suami ayg.
Doakan agar kita akan menjadi suami isteri di dunia dan di akhirat kelak.
sama2 kita berusaha untuk memberikan kasih sayang kepada anak2 kita nanti,
sekarang kasih sayang kita hanya utnk Amsyar.
Amin..


Nak tgk apa yang kami order??
Semua kami order sorang satu,
1 set 1/4 quarter BBQ,
1 set 1/4 quarter Original,
1 set 1/4 quarter Black pepper.



Mesti tertanya2 kan,untuk sapa lagi set yang lebih tu,takkan untk Amsyar yang kecik tu kot..ehehe..
ha...untk celebrate kali ni bawa mak mai sekali,tak sampai hati kalu tak ajak mak.
bila lagi kan,kita nak menghargai ibu2 kita pun waktu dia masih ada la.waktu dia dah tak dak,menangis macammana pun,tetap takkan ada.so kepada kawan2 hargaila ibu bapa seadanya.

Jum tengok2 gambar2 kami waktu celebarate besday my hubby.

                                                               1 slide kek secret recepi
                                            Hadiah yang tak seberapa..terima la sayang yer..
Tahun ni no budget la untuk beli hadiah mahal2.
aku hanya beli kan kad dan jugak baju untk my hubby.

Chek Mas : Sorry sayang hadiah tak seberapa..
Hubby : Tak pa sayang.ni pun dah cukup.kasih sayang ayg pun lebih lagi bernilai.
Chek Mas : Betul ka ni??ya la tu..
Hubby : Betul sayang...
Sebab yang paling utama chek mas amat menyayangi hubby chek mas ni sebab dia sederhana orangnya..apa pun ok..tp satu ja yang paling pandang berat(ha la selalu orang kata pandang ringan)..ehehehe.
bab kebersihan..dia akn pandang berat sentiasa..ehehe.
sorry sayang bocor rahsia..
                                                                    Ni Besday boy

                                                Uish...amboi minum sampai tak tengok org..

                                                        Menantu kesayangan mak nih..ehehehe..              
    
apa tunggu la jum makan...

                                                      mak tunggu apa lagi.jum makan la..
 

Lepas makan kami semua balik sebab esok nak keja lagi.
                            "Heppy Besday sayang"
                     Muahhhkkkss..





 

Sambungan Wedding Bai GBS


Alia,bai,ct
2 bakal bukan dara,tinggal sorang saja dara pingitan

                                Anis,fiha,ct,pengantin la,alia,chek mas,amsyar,abg camat..

                                                Amsyar : Auntie bai,mai bunga kat amsyar..
                                        
                                                     Selamat Berbahagia la bai n Hizrat
                                                  
                                           Pengapit pengantin tu,semoga jodoh cepat yer..


Sebenarnya banyak lagi gambar2 yang kami ambik masa majlis persandingan bai n hizrat,tp klu nak load semua tu 7ari 7mlm pun tak abis2 lagi.so sampai cini la noh gambar..klu sapa yang nak lebih mai cini cd chek mas masukkan semua gambar..

Supaya rumahtangga berpanjangan bahagia :-
Kalau boleh semua pasangan ingin rumah tangga bahagia. Dilimpahi kasih sayang dan dicaintai pasangan. Jika itu yang kita harapkan dari pasangan kita, maka kita yang perlu berusaha terlebih dahulu memberikan kasih sayang dan cinta pada pasangan kita.Ini yang dikatakan saling berkasih sayang yang akan membawa bahagia di dalam rumah tangga. Tiada siapa yang boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga anda, melainkan diri anda sendiri. Dari mula di ijab kabulkan lagi kita mesti pupuk, bina dan belai rumah tangga kita dengan kasih sayang disamping berdoa kepada Allah. Apapun untuk mendapat rumahtangga bahagia, perlu ada usaha dari kita ,berdoa kepada Allah dan pasrah serta redha atas segala ketentuaanNYA.

Bagi  yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah kata-kata berberikut : -

1) Meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

(Surah Al-Furqan ayat 74 )


2) Menyedari dan mensyukuri bahawa perkahwinan kita dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan kita tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah kita lakukan kearahnya. Kita juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan kita terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah kita hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh kita dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman


"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah Al-An'am ayat 17 )


3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Kita seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan kita sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-


"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

(Surah At Taubah, 24)


Oleh itu kita mestilah memahami kedudukan kita di sisi pasangan. Kita bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, kita seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Kita haruslah ingat bahawa pasangan kita adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Kita juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan kita melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya kita kepada pasangan kita. Sebagai pakaian kita diperlukan setiap masa oleh pasangan kita untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu kita perlulah menjadikan diri kita sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara kita dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Kita perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan kita. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-


"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."


Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."


Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Monday, June 7, 2010

Baizura wedding

Ish Ish ank sapa ni dok depan pelamin nih..
Ni la Amsyar ank chek mas..
Auntie bai,dengar amsyar menjerit nih:-
"Selamat Pengantin Baru Auntie Bai dan Uncle Hizrat"
"Cepat2 bagi amsyar kawan tau.."

Date       : 29 May 2010 (Saturday)
Location : Taman Guar Perahu
Wedding : Baizura and Hizrat

Tak sabar rasanya nk pergi kenduri kawan2 May dan Jun ni..
Kawan2 baik.Tgk2 sekejap je sampai dah masa untuk bai kawen..
Message untk bai
           "Selamat Pengantin Baru"
            "Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat"
           " Semoga Cepat2 Dapat Baby"

Chek Mas dengan Amsyar pakai baju hitam putih..Hubby Chek Mas pakai merah..
Sorry sayang tak sempat nak p beli baju untuk sayang..

Masa mula2 sampai kami berposing dulu,macam biasa...

                                                                   Tu umi cayang......

Adik cenyum....

Penyambut tetamu di majlis persandingan Bai


wow..cam shedap2 ja ni..nk semua la..lapar ni..

Suap ank umi makan dulu yer..

Umi terliur ni...adik umi nak makan jugakkk..

Adik nak p mana ni??
Tunggu umi mkn dulu la sayang..

                                                    Adik dah kenyang dah..Papa papa..mana papa..

Tengok apa tu..!!!

Chak...Chak..Chak...
Papa papa papa....

                                                  Kami bertiga yang saling menyayangi..
                                           Makan laksa lak....jangan menolak rezeki..ehhehe...
                                                               Love u all so much..

Pulun makan sorang nih..

                                                      Pengantin Baru dengan Amsyar.
                                                     "Selamat Pengantin Baru Auntie Bai"
                                 bagi kat Amsyar kawan cepat cikit tau,klu boleh bagi aweks..ehehe

dok cari punya cari,jumpa dah GBS..
Fiha,Chek mas la,Bai,Ct
 

tolong cantikkan pengantin sat..


Pengantin mengantuk pulak..


Umair tengah kena buai ngan mama dia.

Thursday, May 27, 2010

Besday Gurl for april & May



Untuk sambutan besday geng GBS kali ni kami combine kan 2 orang,kerana masing2 ada tanggungjawab tersendiri so terpaksa la combine besday gurl ni..
Besday Gurl for Nabihan & Ct Nurbaya

Sambutan besday untuk - NABIHAN & CT NURBAYA
Lokasi                          - KENNY ROGERS SUNWAY KARNIVAL MALL
Jam                              - 6: 30 PM
Jemputan                     - AHLI GBS & HUSBAND
Menu                          - MESTI LA AYAM KENNY ROGERS & KEK

Jum tgk2 gambar disekitar majlis...ehehehee..

                                                      menu utama



ha semua pakat2 pilih nak makan apa lekaih..



Heppy Besday to U
Heppy besday to U
Heppy besday to Bib & Ct
Heppy Besday to U
h

kami hadiah kan bib sepasang baju kurung cotton

Ct dapat hadiah 5 pasang baju tidoq idaman dia..eehehee..

Ni air chek mas order..chedap..





sebelum makan snap dulu makanan

adik & Umi

auntie linda & auntie Ct & adik

jgn buli anak cayer tau!!!

berposing dulu

adik tgk pa tue??

bai mesti tak sabaq tgk umair tu,sabaq bai..tak lama lagi nk dapat baby gak tu..

seri pengantin baru nih..

linda,mas,amsyar & umair

umair nyenyak tidoqnya..

suka suka ambil gambar ja..

amsyar geram kat umair tu..ehehe

teman depa shoping kat vincci lak..


Jum balik,badan pun penat & perut pun kenyang..
tunggu next besday lak...sapa yer!!!!!!!!!
Besday alia......

Friday, May 21, 2010

Hoyea esok cuti !!!!

Cepat nya masa berjalan hari demi hari.Esok dah cuti..hoyea hoyea.
Seronok gilos..:)

Thursday, May 20, 2010

Program Al-Ameen

Alhamdulilah aku dah pergi untuk training Program Al-Ameen tu..
Aku dah yakin dengan sistem dia..aku akan masuk join dalam bisnes ni untuk cuba berjaya dalam menjadi usahawan muda.
Semua benda yang kita nak buat perlukan kesabaran dan juga kegigihan,apa2 bisnes ada risiko tersendiri.
Insyaallah aku akan berusaha gigih untuk berjaya.
Apa yang aku perlukan hanyalah keberkatan dari Allah dan juga sokongan kawan2.

Aku sentiasa akan pegang prinsip ni
           " Kebanyakan orang yang berjaya,semua melalui saat2 susah dahulu"
macam ada pepatah melayu "Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian"

Insyaallah kepenatan aku sekarang akan Allah balas dengan kejayaan aku suatu hari nanti.

Ya Allah,
Aku sebagai hambamu,
Hamba yang hina ini,
Aku ingin memohon dan meminta darimu,
Kau murahkan rezeki ku,
Kau berkati lah perjalanan perniagaaan ku ini,
Kau permudahkan lah kehidupan ku ini,
Kau jadikan lah aku umatmu yang selalu bersyukur,
Kau kabulkan permintaan ku ini Ya Allah..
Amin.....


Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikan kehidupan lebih baik,sila hubungi saya.
Insyaallah kehidupan anda anda berubah dengan izin Allah.
Maslina -012-5605887.

Peluang ada di depan mata,apa tunggu2 lagi...
Jum bergelar Usahawan muda.....
Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.