Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 13, 2010

Amsyar dah berjalan

 Alhamdulilah Amsyar dah berjalan(umur 1thn 4bulan)..
Heppynya rasa bila anak aku dah berjalan.Sapa kata bila anak berjalan senang.aaaa lagi aku bz sebenarnya..Ya la anak aku dah jadi wakil rakyat kat umah..Merata dia p melawat..
Semua ruang tu macam kawasan dia la.
Aku p dapur,tengok2 dah dok belakang.Semua dia ikut.Pastu bab kemas umah(perkataan berlawanan dengan kemas..ehehehe) memang pandai sangt.
Anak aku ni rajin kalau nak tau.Tolong sapu sampah rumah.




Pastu bila kita berbuka puasa dia pun nak berbuka jugak.Ok la kan,anak aku ni susah cikit nak makan,tu yang slim tu..hahahaha..
Ni menu berbuka yang simple masa kat umah mak..
hari pertama puasa kot..


Amboi2 makan tak igat umi aih..





Jum tengok anak aku jalan2 dalm umah pulak..ehehehe..

Ni la umah aku..aaa bersepah2..

Amsyar paling suka kalau peti ais kita buka..
Dia memang teruja abis..tengok tu nak soh buka la tu..

Nak berjalan p mana tu...

Dok atas kereta sekarang bukan main..Nak dok tempat2 best.
Amsyar layan apa tu sayang...
 

Kalu nak aku load semua gambar si manja aku ni,entahla 7ari 7malam pun tak abis kot..
ehehehehe..
K lar aku pun tak larat ni,selesema la..Nak makan ubat n tidoq..
tatatitu tatatitu...

Thursday, August 12, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Ni dah bulan posa,aku cam tak larat ja nk update blog..
Mungkin bulan ni bulan yang paling slow aku update.
Untuk pembaca2 setia..tunggu kemunculan baru raya aku nanti..ehehhhee..
aku kekurangan idea la utk menulis bulan posa ni..
Hari ni dah 3ari kita berpuasa.Alhamdulilah.
Semoga tahun ni Allah memberkati puasa dan segala amal ibadat kita.
Amin....

Friday, August 6, 2010

Ooo Balik kg Oooo Balik kg

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Apahal aku ni kan asyik dok nyanyi Ooo Balik kg Oooo Balik kg(ni nak posa bukan nak raya la cik Mas,eh terasa cik pulak..ehehehehe)..

Bukan la aku nak bgtau hubby aku terlampau seronok balik kg dia.Kami plan malam nanti nak balik kg,tapi ditunda esok pagi sebab tak mau kalut2.Ya la aku puasa lagi arini,mana sempat nak ligan sana sini..nak kemas baju balik kg lagi.Aku kalu balik kg 2 ari pun cam nak dok sebulan,semua aku angkut.Citra aku tu dah macam almari dah..ehehehe..

Nak tau sebab apa seronok sangat balik kg:-



1.Dah lama sangat tak balik kg

(Perak,nampak cam jauh ja kan tapi dekat ja pun Bukit Merah,hanya 45minit dah sampai.Tapi memandangkan aku ngan hubby susah nak cuti sekali,dan kadang2 cuti sekali pun kami ada kerja so tak leh balik jugakkan,tu yang jadi sampai 2 bulan tak balik.Mak mertua kat kg mesti merindui kami terutamanya anak manja dia(abg camat)..ehehehe..laki aku la)..Ayat yang aku selalu dapat kat telinga aku camni :

Mak Mertua : Adik(nama panggilan kat Amsyar sebab dia paling kecik kat sana) kenapa lama tak balik kg tengok Tok na.

Amsyar : Diam ja la sebab tak pandai cakap cam tok na dia lagi..ehehehe..

Aku : Cuti tak sama la tok na ngan ayah..ehehehehe(cover2 tapi memang betul pun).



2.Esok aku tak dak tuition

(Kalu ikut plan,esok aku ada tuition 3jam kat USM,ingat budak2 sekolah jer ker ada tuition,aku pun ada la..cewah dengan nada belagak J.Yala kan bila study sambil belajar ni kena la usaha lebih cikit untuk menuntut ilmu. Ni kan tahun akhir aku,aku kena korban kan segala2 nya untuk segulung ijazah.Kadang2 tu kalau dok rumah mana ada masa nak bukak buku.aku buka buku,amsyar pon takkan tengok sajakan.Mesti mai tolong aku selak2 buku ataupun koyak kan buku.tu yang maleh kalau nak study kat umah tuuuu.Alasan lagi kan,aaaaiii memang betul la..buat muka garang2 ni nak tunjuk kata alas an tu betul.hahahhaaha.Esok tak jadi sebab ada konvo kat USM mesti traffic Hot FM la jawabnya time tu.Trafic jem lor..)



3. Hubby aku terlampau seronok.

Aku jadi seronok sebab tengok dia pun seronok.Ni la paling sejarah kami lama tak balik kg sampai 2 bulan.Rasanya memang lama tu.Lain la kalu aku ni dok Johor ker,Melaka ker,N9 ker..Ni dok Kedah jer tak balik 2 bulan tu memang aku rasa lama tu..



4.Rindu kat mertua la.Lama tak tengok diaorang.Amsyar pun lama tak tengok Tok na dan Atok kan.



5. Minggu ni aku cuti sama dengan hubby,Dimana berada pun aku suka suka suka suka…ehehehehe..



6.Apa lagi yer…aaaaa macam biasa la aku tak larat nak bg tau dah.Cukup kot sampai cini..ehehehhe..

Aku ada istimewa punya live sms bersama suami tercinta pasal balik kg..

Zoooommmm………



Aku : Salam,sayang esok ayg tak dak tuition.Tak jadi mesti sayang suka kan..J

Tapi kena beli dulu lauk utk Amsyar.(cewah mcam la kita ni nak balik US)..ehehehe



Hubby : Eeyaaahuuuu…(nada heppy sambil melompat)..Sekian lama penantian cuti bersama isteri tercinta utk balik kg.Akhirnya terlaksana jua,Terima kasih Allah..Terharunya mungkin syg tak rasa apa yang abg rasa,okey malam ni kita singgah pasaraya melayu kt tmn kita.Ingatkan abg beli kurma sekali yer.Bestnya…

(amboi2 laki aku ni belum puasa pun nak beli kurma siap2..hehehehe..Ni la laki aku kalau leh balik kg memang seronok abis..



Aku : Sampai mcam tu sekali heppy.ehehehe..Alhamdulilah Allah dah izinkan.Kalau ayg larat ayg balik dulu,kalau tak larat tunggu sayang k.Sayang cam na?



Hubby : Kalau sayang balik dulu dan kemas2 barang2 nak balik kg camna,Tapi kesian pulak sayang,sayang dah la puasa hari ni.Takpa la mana2 pun abg tak kisah.Samada nak berbuka kat umah mak dulu or nak balik umah kita terus.Abg ikut sayang jer.



Aku : Ayg pun tak tau tengok kudrat ayg dulu.(kan semalam aku tak makan yang berat pun lepas buka puasa,pagi tadi pun tak sahur)..



Hubby : Takpa la sayang,kalau tak larat berbuka kat umah mak dulu.Lepas tu baru kita balik umah kita dan p pasar beli apa yang patut,tidur umah kita dulu..Tuuuuttt(ayat ni kena silent.haahahha)..Bangun tidoq esok sahur,mandi2 dan sembahyang,pastu terus kita balik kg.Macamana bagus tak idea abg ni..ehhehehe



Aku : Pandai.Idea yang bagus sgt.He3..Ngeh2..Tuttttttttttttttt(ayat ni kena bg silent)..

Pandai baca fikiran ayg.Haahaahahha..Setuju kalau macam tu.Tak kalut2 sangat kan sayang..



Hubby : Tu la kita nak balik kg,nak heppy.Kalut2 tak best.Lagipun kesian kat Amsyar mengantuk.Tak rasa suasana kemeriahantu.Hehehehe.Mcam nak balik raya pulak.Arrrgghhh bestnyer.Rindu kampung halaman…Nak tengok bendang,Sayang kena masuk dalam blog ni..ehehehehe)..



Sayang dah masuk blog dah ni..J.

Semoga kali ini balik kg yang paling best…ehehehe..



Tula hubby aku,cinta pada kedamaian bendang.Cita2 dia nak buat rumah tepi bendang..Petang2 leh tengok bendang katanya..Ehehehe..

Hubby aku kata lagi,nak jugak anak2 bila balik kg nanti memang kg bukan balik taman.

Tapi memang la kan suasana kg lagi best dari taman kan.

Semoga impian jadi kenyataan sayang,Semoga Allah murahkan rezeki kita.Amin





Thursday, August 5, 2010

Kecewa dengan sikap suami

Mesti semua terkejut,bila aku keluarkan entry macam ni kan..Bukan suami aku la,Alhamdulilah setakat la suami aku memang suami yang baik.
Biasa la kan ari jumaat mood cuti esok dah mai,so aku bacala mingguan wanita,ternampak la kisah ni.Tujuan aku publish kan dalam blog aku ni,hanyala untuk berkongsi dengan pembaca semua.
Yang baik kita jadikan panduan dan yang tak baik tu sama2 kita hindari..

Jum layan....:)

Kecewa dengan sikap suami Isteri cari cinta lain


Mendirikan rumah tangga adalah impian setiap pasangan yang bercinta. Setelah dapat merealisasikan hasrat ini maka kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhir hayat pula yang menjadi matlamatnya. Namun ada kalanya, apa yang dicita-citakan ini tidak kesampaian disebabkan sikap suami mahu pun sikap isteri yang tidak memahami tanggung jawab masing-masing.

Minggu ini, kita berkongsi kisah seorang isteri yang menderita kerana sikap suaminya yang panas baran dan tidak mendengar nasihat orang lain. Rumah tangga mereka berantakan dan kini si isteri dalam dilemma kerana jatuh cinta kepada majikannya sendiri.

Saya berusia 20-an dan sudah mendirikan rumah tangga selama empat tahun bersama suami. Kehidupan bahagia yang dirasai cuma pada ketika kami baru berkahwin dan selebihnya, hanya Allah sahaja yang tahu.

Suami seorang panas baran dan tidak suka mendengar nasihat orang lain. Malah dia juga suka bercakap bohong dengan saya. Pada awal perkahwinan, saya tidak Nampak semua perangai dan sikap buruknya tetapi selepas dua tahun berkahwin, barulah segalanya saya ketahui.

Dia suka bertukar-tukar kerja dan gemar berangan untuk menjadi kaya dengan menipu orang. Dia akan membuat beberapa perniagaan dan selepas itu akan berhenti kerja dan menipu orang.

Bila keluarga mentua mendapat tahu hal ini, dia akan dimarahi dan selepas itu, suami langsung tidak menjejakkan kaki balik ke rumah emaknya. Untuk makluman puan kaunselor, keluarga mentua saya amat baik. Saya bersyukur mendapat keluarga yang sangat memahami kehidupan kami.

Disebabkan terlalu kecewa dengan sikap suami, saya pernah beberapa kali memohon cerai darinya tetapi dia tak mahu menceraikan saya atas alasan bila dia tidak bekerja, saya yang akan menanggung dirinya.

Dalam masa hubungan kami bermasalah, ada seseorang yang cuba mencuri hati saya. Pada mulanya, saya hanya menganggap dia sebagai kawan kerana dia sudah pun mempunyai keluarga. Tetapi lama kelamaan kami jatuh cinta.

Dia adalah majikan di tempat saya bekerja. Kami telah melakukan perkara-perkara yang tidak elok yang menghampiri kepada perkara zina. Saya tak tahu bagaimana harus mengelak kerana kami bekerja di bawah satu bumbung dan dia adalah bos saya.

Dia seorang yang amat baik dan mencintai saya. Begitu juga saya menyayanginya. Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan? Kami pernah cuba beberapa kali untuk putus tetapi masih tidak berjaya. Dia sanggup mengahwini saya sekiranya saya sudah berpisah bersama suami tetapi dia tak sanggup untuk menceraikan isterinya.

Saya pula tidak mahu menjadi isteri kedua kerana sifat cemburu saya. Manakala dia pula tiada sebarang masalah dengan isterinya untuk membawa kepada perceraian. Dia meng akui dia terlalu sayangkan saya tetapi dalam masa yang sama, dia begitu sayangkan isteri dan anak-anaknya dan belum mampu untuk berpisah dengan mereka.

Dalam dihimpit permasalahan ini, sikap suami masih begitu juga. Tidak mahu sembahyang, tidak mahu pulang ke rumah emaknya, masih suka untuk berniaga dan kuat berangan-angan.

Tolonglah saya puan. Saya sayangkan kekasih saya tapi suami tidak mahu menceraikan saya dan dia pun tidak mahu berubah menjadi suami yang baik, menjadi anak derhaka serta tidak mahu bersolat.

Bantulah saya! Apa yang harus saya lakukan untuk mengelak dari melakukan maksiat dan bagaimana sekiranya puan berada di tempat saya? Saya susah hendak berpisah dengannya kerana kami bekerja satu tempat dan dia pula majikan saya. Saya juga cuba mohon kerja di tempat lain tapi belum memperolehnya lagi. Bantulah saya.

Apa pendapat semua cerita tu?bagi pendapat aku sebagai seorang isteri sepatutnya dia kena jaga diri dia,jangan hanya pandang keburukan suami,tapi dia apa kurangnya kan.
Tak sepatutnya dia melayan laki lain sampai macam tu,fikir kan la dosa2 dari perbuatan tu.
Bayangkan la perasaan suami dia,bila dapat tahu perangai isteri yang macam tu.Senang2 saja membiarkan seorang laki luar menyentuh dia.Nauzubillah...

Emm manusia akhir zaman ni kan macam2 berlaku.Minta dijauhkan semua tu dari keluarga aku.Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas nya dan dia berubah.Amin.

Jum kita tengok apa nasihat kaunselor mingguan wanita.

Assalamualaikum puan yang dirahmati Allah...

Perkahwinan adalah satu ikatan penyambung generasi manusia melalui institusi kekeluargaan. Ada orang yang sejak dari awal perkahwinan mengecap kebahagiaan, ada orang hanya di pertengahan jalan, ada yang diduga dengan pelbagai ujian dalam perkahwinan.

Memiliki suami yang tidak mahu bekerja, pemarah, memiliki sifat-sifat yang buruk dan tidak mahu berubah walaupun telah diberi beberapa kali peluang adalah sesuatu memberi tekanan kepada seorang isteri apatah lagi jika telah memiliki anak. Ada isteri yang mampu bertahan memikirkan soal anak, ada pula yang terpaksa bergantung nafkah kepada suami kerana isteri tidak punya pendapatan. Namun, pada isteri yang bekerja, perpisahan adalah jalan terbaik untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Apakah mudah seorang isteri menuntut cerai daripada suami?

Berbalik kepada situasi yang puan alami, cuba puan fikirkan sama ada dari sudut agama, mahupun dari sudut budaya timur kita, adakah wajar puan bermain cinta sedangkan puan masih lagi isteri orang dan bercinta pula dengan lelaki lain yang juga seorang suami kepada wanita lain?

Namun, tidak dinafikan sesiapa sahaja akan mencari “kasih” di tempat lain apabila kasih yang sebenarnya tidak diperoleh. Kadang-kadang kasih itu tidak dicari, tetapi dia datang dengan sendirinya apabila sering bertemu, memupuk perasaan, tempat mencurah dan berkongsi masalah kemudian lahir apa yang dinamakan ‘cinta’.

Perasaan yang mungkin nafsu berwajahkan ‘cinta’ mudah saja berlaku pada lelaki dan wanita yang tiada ikatan pernikahan yang sah. Menjadi lumrah syaitan selagi anak Adam tidak melakukan maksiat, maka selagi itulah dia akan menggoda hingga melakukan dosa besar yang dilaknat Allah.

Kalau puan berfikir secara logik pula, jika kekasih puan itu suami yang baik, kenapa dia sanggup berlaku curang terhadap isterinya, walhal dia sendiri mengaku bahawa isterinya baik dan tiada sebab dia mahu menceraikannya? Kalau ditakdirkan puan ada jodoh bersamanya, adakah perkara yang sama tidak berlaku kepada puan?

Kemungkinan itu ada bukan? Puan pula berkata puan seorang yang cemburu, adakah puan sanggup jika dia curang bersama orang lain? Semua kemungkinan itu ada selagi manusia tidak takut dosa dan pahala dan hanya menurut nafsu yang membara.

Berbalik kepada permasalahan puan dengan suami, jika benar puan tidak mahu lagi hidup bersama suami kerana dia tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, maka puan perlu membuat keputusan untuk diri puan.

Jika semasa pernikahan dahulu puan melalui satu upacara ikatan dan peraturan tertentu, maka untuk berpisah juga ada kaedah yang telah digariskan. Buatlah tuntutan perceraian di pejabat agama mengikut ketetapan Islam.

Proses ini mungkin sukar dan mengambil masa yang panjang lantaran suami tidak mahu melepaskan puan tetapi puan kena memulakannya. Janganhanya menyebut suami tidak mahu menceraikan puan maka usaha puan terhenti setakat itu sahaja dan menggunakan peluang lain untuk berhubungdengan lelaki lain semata-mata menutup kekecewaan yang puan hadapi.

Berusaha ke arah itu sehingga puan dapat lepas daripada tangan suami. Nah, berbalik pula kepada kekasih puan, dia sendiri tidak mahu menceraikan isterinya dan puan sendiri tidak sanggup bermadu, adakah apa yang puan impikan dapat dicapai?

Adakah pasti lelaki itu mencintai puan atau hanya bernafsu sahaja terhadap puan? Tidakkah terlintas di hatinya, wanita jenis apakah puan ini sanggup bercumbuan dengan lelaki lain walhal telah memiliki suami? Pada mata puan, ini tidak dapat dibongkar lantaran kuatnya pengaruh lelaki itu terhadap puan.

Adakah jika puan telah bersamanya (maafkan saya) untuk beberapa kali, dia akan menerima puan sebagai isteri? Cuba puan fikir ini dengan mata hati, lebih jauh daripada itu tentang apa yang puan hadapi.

Puan yang dirahmati Allah...

Allah ciptakan hidup ini ada peraturannya untuk memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada hambanya. Kita hidupnya perlu berjejak di bumi nyata, berhadapan dengan realiti yang bukan fantasi. Takut kepada suatu perkara yang boleh merosakkan diri. Dengan kata lain, takut kepada lelaki yang puan anggap kekasih dan sebagai ketua di pejabat puan perlu dibezakan peranan sebagai pekerja dan majikan.

Kenapa perlu bimbang jika puan tidak menjalin hubungan dengannya sebagai kekasih? Setiap organisasi ada etika dan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika puan bertegas, maka puan tidak perlu bimbang dengan lelaki itu sebagai majikan. Secara perlahan-lahan puan perlu ada ketegasan pada diri dan membuat keputusan yang bijak. Seboleh mungkin carilah kerja di tempat lain.

Rezeki bukan di satu tempat sahaja. Jika sukar mendapat kerja di tempat lain, binalah kekuatan diri agar tidak terpengaruh dengan lelaki tersebut. Jangan takut kerana dia bos puan. Jika puan tidak melayan, lama-lama dia akan mengundur diri. Persoalannya, puan sendiri bagaimana?

Hati dan perasaan kasih puan sendiri terhadapnya yang perlu dibuang jauh-jauh. Apa pun puan perlu tentukan keputusan untuk diri puan. Jangan ikut hati dan nafsu atau pujuk rayu lelaki. Hidup kita ini perlu ada prinsip dan pegangan.

Tidak akan mati kita dengan hanya mengharap kasih daripada lelaki. Malah, belum tentu puan akan bahagia bersamanya. Puan pula tidak sanggupbermadu dan dia sendiri tidak mahu meninggalkan isterinya. Sama ada puan berpisah dengan suami puan ataupun tidak, puan tidak akan memiliki kekasih puan sebagai suami, melainkan jika puan sanggup bermadu. Jawapannya telah ada pada puan.

Puan yang dirahmati Allah..

Jika puan masih lagi mengharapkan suami kembali ke pangkal jalan, banyakkan doa, solat hajat dan memohon agar Allah membuka pintu hatinya. Jika hati puan telah tertutup, maka carilah jalan yang ditetapkan dalam agama dan pada masa yang sama belajar menjauhkan diri daripada lelaki yang hanya mengharapkan kesucian puan tergoda.

Banyakkan membaca doa dan ayat al-Quran yang dapat menjauhkan diri puan dari melakukan dosa besar yang cukup azab seksaannya. “Terlajakperahu boleh berundur, terlajak perbuatan menyesal tidak berguna.” Dunia hanya sementara, akhirat adalah perhitungan sebenar kerja buat kita di dunia.


Yang baik tu datang dari Allah,yang buruk tu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Tuesday, August 3, 2010

Citer lawak petang

Nak tau apa aku nak citer harini..ha..arini aku nak kongsi ngan ampa semua pasal adik pompuan aku yang suka buat lawak..
Bukan lawak budus tau,lawak real punya..
harini biasala aku banyak keja,ari selasa..Pastu tiba2 aku dapat email dari adik aku..
Jum layan..:-

Adik : Kak mas..hg tau adik ada berita yg amat memalukan..huh



Aku : Apa dia,citer la..tak sabar ni..ehehehehe.



Adik : hahah.pasal adik la..tadi p blik umah..pastu sampi kat guard 2..badge xbwak..adik pun berhenti keta..tiba2 ayam kluar.huhuhu..hahahahaha Pastu 5,6 org guard dok ligan ayam2 .,,depa kat u bwk ayam ka??adik kata xaih..mana ada I bwk ayam..hahahahah Malu gila,..mati2 adik xngaku.hahahahaha..begong nya ayam ikut org p keja..



Aku :(aku kat opis ni gelak sampai menitik2 air mata)..ehehhee..
lawak sungguh,bayangkan muka dia mesti merah padam punya.
Kalau pakai baju merah,siap muka sama colour dah..)hahhahahaha..



Aku : Aku kata ayam tu mana?bawak balik lekaih,satg bagitau mak.



Adik : Dah gitau mak dah..aym 2 tnggl r..gila nk ngaku..malu r..satgi kena tggu guard tu tngkap aym lak..dahla siap pkai vesel..Hahahahah.jgn esok masuk email please jgn bwk haiwan peliharaan ke tmpt keja.(PHY9489 suspect bwk ayam dah)..mana nk letak muka..hahahahaaha..

p/s: untuk adik kesayanganku,sorry yer kak nak cari publiciti untuk blog ni,tu kena citer cerita ang..eheehhehe..apa2 pun ayam tu mesti bangga sebab boleh naik kereta dan juga merasa pulak dok kilang..ehehehe..
Lepas ni ayam tu belagak la cikit sebab dia dok pekan..ehehehe..

Monday, August 2, 2010

Shopping Time For Raya

Cewah dengar tajuk dah rasa debaran-debaran nak raya kan.Puasa pun belum dah fikir pasal raya..(Maslina,u tu puasa pun ganti tak abis lagi.)..Bukanla semua tu salah salah salah...ewah2 menepis segala anggapan orang kat aku..huhuuhuu..
Mai nak citer sebenar,sejak ada anak ni,aku cam tak kuasa ja nak p beli baju raya time puasa,penat satu hal,ramai satu hal,yang paling lagi aku tak suka kelam kabut,Yala,mana nya tak time tu la nak beli baju untuk mak,mak ayah mertua,kat anak,kat aku,kat hubby..(Cuba bayangkan kelam kabut camna kan)..Dah la aku ngan hubby keja pun tak sama cuti,so time2 cuti camni la kami kena pergi cari cikit2..
Tapi shopping baju raya time tak puasa,rasa tak meriah kan..Tapi tak pa la aku akan shopping lagi..Kepada tokey2 kedai jangan risau k,aku akan p lagi ke butik2 u..
Mana cukup baju raya sepasang ja kan..ehehehhe(dengar kat hubby aku mesti kata camni,ni la pompuan sambil golek2 pala)..
Kebetulan ari ahad semalam hubby cuti so aku pun sepakat dengan Amsyar nak ajak p cari baju raya..Kot2 la yang berkenan,Memang ada yang berkenan pun...
Aku dah beli sepasang baju raya yang sangat cantik pada pandangan aku.Nak paparkan kat cini,oh no.
Mana mungkin aku akan buat camtu,aku ni perangai dari kecik2 tak berubah lagi,Dulu kecik2 aku takkan tunjuk bahu raya,kasut raya aku kat sapa2 pun sebelum hari raya,tapi aku akan try la dalam bilik sampai berpuluh2 kali(tu tak la..sekarang mana ada masa nak try sampai 10x)..Jalan sana sini,macam orang kedah kata ciwi..hahahaha..
So buat pengetahuan semua tema raya tahun ni adalah MERAH...nasib bek ada hubby yang ok ja,warna apa pun abg ok,janji hepy..
jum tengok kemeriahan aku bershopping..Jummmmmmmmmm....


Aku kalut pilih,amsyar pun bz jugak..ni nak beli kat mak aku..
aku takdak taylor utk buat baju aku,Dah 3thn berturut2 baju raya yang aku tempah tak siap,ambek keputusan tahun ni no buat2..Semua beli siap2..

Suka dia bila bebas camtu

Amsyar:Umi umi..yang ni cantik...
Umi : Namo la adik,umi nak merahhhhh..
Amsyar: nak rasa lantai ni sat,,eh cejuknya...ehhehee

Amsyar ni malas nak jalan sebenarnya,dia suka merangkak lagi..

Ni kat Butik Ariesha Sg Petani,memang cantik2 baju dia.lupa nak snap kat ampa la..aku kan bz memilih..
Nanti2 kalu aku p lagi,aku akan snap banyak gambar baju kat cini k..
Buat pengetahuan semua kat cini la aku beli baju raya..Untuk tidak kecewakan pembaca2 aku,
baju raya aku warna merah..warna jer boleh gtau.baju tak leh tunjuk lagi..jeng jeng..

Lapar la pulak..Makan  bihun sup.bihun sup kat SP ni sedap..dulu2 aku selalu singgah makan kat cini,tapi kali ni aku p,tak la berapa sedap sangat.

Tembam nya aku..adakah aku gemuk!!!oh tidak...berat aku baru 50kg..masih ideal..ehehehe..

Makan lagi,aku ni kalau kuar asyik nak makan saja..patut la muka nak cam belon ..
takpa aku ada SDII(sempat lagi promote tu)..Slim Diet yang teramat hebat kesannya untuk orang yang memerlukan...
anak aku heran apa aku buat tu..aku pun lupa apa aku buat tu..
cak cak cak cak cak cak..
hubby aku layan ja kami anak beranak main2...ehehehe..
tima aceh sayang..

Manjanya umi dia..Thank you adik sebb suapkan umi...
yummy yumyy...dapnya....

makan sambil tidoq pulak..layan jer la..

Makan elok2 yer cayang..

amboi2 dia tu(amsyar)makan sambil berposing aih..

nak masuk dalam troly pulak..masuk jer la.,janji heppy..



amboi adik tengah fikiaq apa tu??
best nampak..


Makan lagi!!!!!!
ni kat umah aku saja la..
ayam kat cini mahal wei..seketul RM3.00..aku ambek 3 ketul,ayam saja dah RM9.00.
mcm makan KFC wei..
Memang tak p dah len kali,ayam rasa biasa2 saja tapi mahal teramat.
semua aku makan cm tu ja pun RM17.
mahalkan..

tengok aku dok pulun makan,hubby dok pulun snap..
nampk la muka ibu mithali yang suapkan anak dia.heheehehe..

senyum2...ehehehehe..
senyuman untk suami tercinta aku...

Makan baik2 yer sayang...umi nak makan pulak..

muka aku ni awat cam masam ja ni...ehehehe..nasi tu pedas ja,bukan masam..eeheheehe..
ni la wajah aku time makan,tak peduli sapa2 yang ambek gambar..ehehehe..

Abis dah...kesempatan ni aku nak ucap
Selamat Menyambuat Ramadhan.
Maafkan aku seandainya ada kata2 yang menyinggung mana2 pihak,
Semoga Allah memberkati kita semua nanti.
Amin...

Allah sentiasa disisi

Semalam pecah rekod aku tidoq rumah dengan Amsyar saja,Buat pengetahuan kawan2(sapa yg baca blog ni aku anggap kawan2 aku lar..Aku ni jenis penakut yang teramat,tapi sampai bila kan,so aku ambek keputusan untuk try tidoq dengan Amsyar kat umah tanpa husband(husband keja malam)..
Aku sebagai ibu kena kuatla untuk besarkan anak,pengalaman aku setelah jadi ibu,aku lebih kuat dari sebelum ini.Tu la kan kekuatan yang Allah bagi untuk kita yang bergelar ibu,tak kisah la mama ke,umi ker,mak ker,mummy ker..apa2 la tetap ibu kan...
Alhamdulilah aku rasa macam ada kekuatan bila anak laki aku tidoq kat sebelah,walaupun dia kecik lagi,tapi aura kekuatan sebagai lelaki tetap dah ada.Aku jadi tak takut dan aku yakin Allah ada disisi,
Kita cuma baca ayat Qursi sebelum tidoq,Insyaallah malaikat akan jaga kita sampai pagi.

Ayat kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.


Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

    Betapa hebatnya kan ayat kursi ni..Marilah kita sama2 mengamalkannya..
    Semoga Allah memberkati dan melimpahkan nikmatnya kepada kita.Amin..



Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.