Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 8, 2011

Cerita Syawal

Assalammualaikum..

Rasanya lama teramat lama sangat aku tak berblogging noh,apa yang aku nak citer kan yer..
Emm mesti la pasal raya la noh,kan kita dibulan syawal ni..Aku dah start keja 4 hari,esok last keja,pastu cuti pulak,tp yang tak bestnya,husband aku keja...wua wua....tak best nya....
Tahun ni giliran beraya di rumah mak aku,walaupun aku hari2 balik umah mak aku tapi giliran raya tetap kena ikut..hahahahhaa..nasib bek dapat husband yang tak berapa kisah,dimana ada aku n anak,kat citu la dia..ehehee..I LOVE U la cayunk..!!

Ok,Kalu dah raya,mesti la ada baju raya kan,raya tahun ni kami pilih warna hijau,warna ketenangan..hahahaha..
Oleh sebab aku dah pregnant almost 7month,mana leh pakai baju kurung2 moden2 ni kan,so kena la pilih yang bersesuaian dengan perut aku yang memboyot ni kan.

Ok ni la gambar kami untuk pagi raya..
Ni Our hero la,sapa lagikan,Muhammad Azeem Amsyar..
Anak umi la dah umur 2thn 5bulan,dah nak jadi abg long dah lagi 2 bulan.tomey tak??ehehehe..


                                                                        Three of Us

                              Ni gambar family belah mak la,ada ramai lagi tp yang ni saja la yang terkumpul.
 
                                                         Anak ayah ni

                                                              Sayang U..



                                                     Ni raya umah mertua - Perak

Raya Pertama aku kat Sg Seluang la,
Raya kedua - ke4 - Perak
Raya ke4 - Balik Sg Seluang

Banyak sangat gambar yang aku ambek raya ni,tapi tak larat la nak upload dalam blog ni,kalau nak tengok gambar lain2 lagi,tengok la dalam fb aku la noh...
:)
Aaaa dah mengantuk,nanti aku tulis entry pasal lain pulak k..
TATA TITU...

Wednesday, August 24, 2011

Kelebihan malam Lailatul Qadar

Kelebihan Malam Lailatul-Qadar


“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).


Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.


Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.
Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.
Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.

Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.

Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.


· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”
· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”
· Allah: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”
· Allah: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar“
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”
· Allah: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!”
· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”
· Allah: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!”

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-


1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3. Orang yang memutuskan silaturahim.
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.


Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:


“Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat…(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.
Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.

Ibnu Hazam berpendapat:-
· Jika bulan Ramadan 29 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.


· Jika Ramadan genap 30 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.


Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).

Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w.” Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?”Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu ” Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat ….”. Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.
· Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).

· Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul – Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.

· Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.
Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.

Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-
· Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
· Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
· Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.

· Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.

· Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. “Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya…..”.

Dalam riwayat lain,“Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai“.


Lantas dirikanlah:-
1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim), selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,malaikat, hendaklah segera membaca: “Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-


{ Doa
{ Beristighfar.

{ Bertasbih.
{ Bertahmid.
{ Bertakbir
{ Bersedekah
{ Menjaga maruah dan akhlak
{ Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{ Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).



Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:



{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{ Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{ Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
{ Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!



Thursday, July 7, 2011

Sembang2

Harini rasa terlampau bosan kat tempat keja,adakah aku takdak keja?ataupun aku yang malas nak buat keja..Hahahahahahaa..

Kat opis ni minggu ni audit,sapa yang berkaitan dengan audit memang banyak kja la,aku tak berkaitan pun so tak la bz.
Nak citer pa pun tak tau tapi nak menulis,kot2 la ada yang merindui cerita aku..hhaahahhaa..(ada ker?..)..ehehehe..

Sekarang aku dah ok dari alah yang hilang selera tu,makan apa pun ok tp jgn berbau,maksud yang berbau cm ayam bau ayam,daging bau daging,Hello Pn Maslina,namapun ayam n daging mesti la bau dia kan,,ehehee..maksud aku berbau yang belum masak la..aku tak lalu.

Sekarang aku dah nak masuk 5bulan lagi seminggu,rasa syok pun ada,sebab tak lama lagi akan ada ahli baru dlm family aku,mesti meriah n gamat rumah aku kan..ehehee.Sekarang pun ada Amsyar tu meriah rumah,inikan ada 2 pulak,mesti la lagi riuh rendah la.
Nak citer pasal hidup sekarang semua cam biasa ja,tak dak luar biasa.Cuma tahun ni aku tak payah baca buku dah..hoyea hoyea..tu ja la yang perbezaannya dengan tahun2 lepas.leh tgk tv dengan senang lenangnya,leh beli banyak2 majalah(klu dulu klu nak beli fikir dulu,lebeh baik baca buku dari baca majalah ni),leh jalan2 ikut suka hati (tapi kena ada duit jugakkan,klu takdak duit jalan tepi rumah cukupla noh..eheheh).

Emm lagi sebulan lebeh ja lagi kita akan sambut bulan puasa kan,aaa heppy nya,walaupun tak tau leh penuh ker tak puasa ni,Ya Allah kuatkan semangat aku dan permudahkan semua nya Ya Allah..
Syokkan bila bulan puasa malam2 leh p sembahyang tarawih,tahun lepas sempat p semalam jer,ni sebab Amsyar nangis2 nak susu,masa tu dia kecik lagi dan tidoq awal,bila nak tidoq dia perlukan susu ibu dia..
Tahun ni mengandung,entah2 larat ker tak pun tak tau,tp klu tak larat tgk orang p pun dah seronokkan..

Emm aaa tak sabaqnya menanti ramadhan…:)

Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu kebahagian dalam hidup ku..
K lar tata titu..

Tuesday, June 28, 2011

Update pasal Amsyar - 2thn 3bulan

Amsyar dah 2thn 3bulan dah,alhamdulilah menjadi umi kepada Amsyar adalah nikmat Allah yang tidak terhingga.terima kasih Ya Allah.Nak tau apa yang Amsyar dah pandai sekarang!!


Emmm macam2 dah pandai…

1. Suka baca buku (ni umi paling suka,jadi anak yang cerdik tau).
2. Suka tengok VCD Magic English (yang ni dari dulu lagi,walaupun belum pandai baca ABC smp abis dan mengira dengan betul,tapi sekurang2 nya dah mengenal binatang dalam English n BM.Mengira 1 to 6 walaupun kadang2 termiss no5..ehehee..klu tunjuk buku2 yang lama2 tu dia dah semuanya.alhamdulilah…
3. Cuba biasakan nama pangilan “Abg Long” sebab nak dpt adik dah kan..eheeehehee
4. Dah pandai pujuk umi kalau umi merajuk sebab tak dengar cakap umi.
5. Dah boleh suruh ambek apa2 dah sekarang
6. Pandai buka seluaq sendiri kalau nak mandi.
7. Jumpa ja masa balik keja mesti minta cokelat ja keja,klu jumpa waktu lunch maksudnya kena beli 2 la ole2..
8. Gosok gigi senang menyerahkan gigi tu utk digosok.
9. Sukakan Bas dan kapal korek(ni tak tau kenapa)..kalau jumpa bas mesrti kata “Bas tunggu adik!!!”.
10. Nak makan nasi sendiri dan sebelum makan angkat tangan baca doa,
11. Mudah ikut apa yang kita ajar,maksudnya kalu aku ajar baca buku dia akan follow la apa aku cakap,kalu aku baca paper,dia pun akan baca paper sekali.

Tabiat sebelum tidoq :-
Akan kata nak tidoq dan cari hs umi untuk tengok macam2 video kt dalam tu,pastu lepas dah jemu tengok video akan buang seluaq sebab katanya gatal walaupun pasang icon,pastu suruh ayah dia ambekkan air panas lap kan dia dan tukaq pampers,nak susu dan terus tidoq..adoiiii banyaknya step kan..ehehe..ni la tabiat terbaru Amsyar yang suka melayan adalah ayah dia,tahniah sayang sebab jadi ayah yang baik dan memahami…ehhehehehee


We love U so Much….



Ni pasal umi waktu pregnant pulak sekarang untuk 2nd Baby:-

1. Tak sukakan ayam sebab bau ayam tu rasa kuat,bau cam ayam dok jalan kot tepi umah my mum la..hehehehe.tu namanya mengada2,aaaa2 jangan kata mengada2,ni sebab bawa budak kot..eheehe
2. Cepat terasa penat,tu normal kot untuk ibu2 yang mengandung.
3. Dah rasa baby gerak2 dah.alhamdulilah baby bergerak start 17minggu.
4. Umi cepat rasa cemburu dengan ayah (ehehehe,ni kalau sayang baca ni mesti syokkan).ehehehe


Yang tu jer la setakat la.insyaaallah blog ni tidak akan dibiarkan bersarang lagi..ehehehehe..



                                            Tata Titu


                                            Masliena

Monday, June 27, 2011

17minggu!!!!

dah 17minggu..Alhamdulilah dah hilang selera tak lalu makan tu,la mai lalu makan dah..
Sekarang bayi dalam kandungan aku ni dah :-


"Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan. 
Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu. Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah."





Tahu tak siapa yang selalu main dengan baby dalam perut ni?emm mesti la Amsyar,dia selalu akan mai kat perut aku dan kata camni 
"Baby,ni Abg long ni,nanti kawan ngan abg long tau."
ehehehee,seolah2 dia heppy ja nak tunggu kawan main dia.mudah2an Amsyar akan sayangkan adik dia nanti cam dia sayangkan umi dia ni.
Amsyar anak yang baik kan..

Umi sayang Amsyar.......

Tata Titu


Sunday, June 19, 2011

Mulakan blog dengan Bismillah...

Assalammualaikum,
Rasanya lama sangat aku tak menulis disini kan,bukannya tak sudi,mana leh tak sudi ni kan blog aku..ehehee..mungkin anak dalam perut ni tak suka sangat kot aku dok menaip..ehehee..
Buat pengetahuan sapa yang tak tau Amsyar akan jadi "Abg Long" dalam masa 5 bulan lagi,maksudnya sekarang anak yang aku kandung ni dah 4bulan dah kan..emm betul dah 15minggu,lebih kurangla..
Aku pregnant macam sebelum ni juga aku tak dak alah sangat,alhamdulilah,nikmat yang Allah bg kat aku,permudahkan aku..cuma aku akan takdak selera makan 3bulan ke bawah,sekarang selera cam nak mai dah ni,sebelum ni aku dah turun 4kg,sekarang mungkin akan mulakan naikkan badan balik..ehehehe.Jangan terlampau demok cukup la kan...Nanti nak turun lepas bersalin susah pulakkan.Amsyar pun dah tau yang dia akan dapat baby tak lama lagi,setiap malam sebelum nak tidoq mesti dia akan bercakap dengan baby..ehehe..seronok tengok,dia memang nak kawan.Alhamdulilah Allah telah bg kawan bermain untuk dia,lepas ni tak la dia main dengan bear aku tu.

Jantina????tu soalan bonus tu,aku pun tak tau,awal lagi kot rasanya,doktor pun mungkin tak nampak lagikan,
Kalau tanya aku mesti la aku nak gurl,sepasang kan,tp Allah lebih mengetahui segalanya,apa yang Allah bg aku terima dengan hati yang terbuka dan heppy.Yang penting buat aku dan suami cukuplah anak dalam kandungan ni selamat lahir,cihat sempurna fizikal dan mental.Alhamdulilah....

Alhamdulilah tahun ni aku telah grad,so tak payah la baca buku dah..ehehehe..apa yang Allah dah tetapkan untuk aku memang terbaik,terima kasih Ya Allah,aku amat2 bersyukur padaMu.


Wednesday, May 11, 2011

Muhasabah Diri

 Assalammualaikum...

Rasanya lama aku tak update blog ni kan,entah la bila nak update ja terus mati idea.Pernah tak semua terfikir dimana kedudukan kita apabila kit adipanggil menghadap Allah,apakah amal ibadat kita cukup untuk menemuinya?bila terfikir macam tu terus rasa terpaku dan muhasabah diri,dimanakah tempat ku..Nauzubillah..Ya Allah kau panjangkan lah usia ku,ibuku,anak2 ku,suamiku dan keluargaku supaya kami semua dapat beribadat kepadamu,kau berikanlah kami semua hidayah untuk ke mencari keberkatan dan keredhaanMu..


Bila aku terbaca kisah Rasullullah,rasa sedih ja dihati ni,Rasulullah sentiasa mengingati kita sebagai umatnya tapi apakah kita selalu mengingatinya?Adakah apa yang telah kita lakukan sekarang benar2 mendapat keberkatan dari Allah,sama2 la kita muhasabah diri dimana kita sebenarnya.......
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua....
Amin....
Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.