Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 1, 2011

Trip to Kuching Part 2

Aku kan dah entry kan pasal trip p kuching hari tu kan,ni baru ada masa untuk citerkan details masa kt sana..hahahahahaha...Sorry yer lambat(ewah terasa cam ada peminat pulak..hahahahha..perasaan toi)
Masa nak p sana macam2 kisah..Ni adalah kali pertama aku naik flight tau,perasaan mesti la Dup Dap Dup Dap...takut la..macam2 la orang citer,ada yang kata bila naik tu akan pekak telinga la(ish pekak telinga tu kira tahap kritikal tu),ada yang kata kalu flight terlanggar awan akan rasa gegar(sebelum naik imaging jugak la,awan tu cam asap ja kenapa pulak klu terlanggar nak rasa gegar kan,emmm),bila hari nak p kuching tu tidoq malam pun tak lena,yang paling aku risau pasal cikonet aku la Amsyar,dia ni perangai cm aku penakut cikit..ehehehe..
"awat chek ikut perangai umi tu,ikut la ayah berani"..
Ok aku sampai kat airport lebeh kurang kul9,ramai yang pesan p awal sejam tp aku ingat sejam tu awal tu..ehehee,ingat cam nak nek bas jer la,penerbangan aku pukul955am.aku sempat lagi p tunggu husband aku parking keta baru p check in,bila nak p check in kat kaunter tu tengok kaunter p Kuching dah tak dak,adoiii camna ni, nak p check in kt mana pulak ni.Jum tengok ketua rombongan chek kiah sembang dengan kaunter Air Asia :-

Air Asia :Cik nak ke mana?
Aku       : Ke Kuching..
Air Asia :ooo..boleh tapi cik tak boleh bawa masuk bagasi sebab bahagian bagasi tutup 45mint sebelum berlepas..
Aku      : APA!!!!pastu kami nak letak beg semua kt mana?adoiiii..rasa cam nak pengsan masa tu,tapi kalau pengsan terus tak dapat p kan,pastu terus tak jadi pitam..hhahahahaaa.
Air Asia : Cik nak check in ker tak ni tanpa bagasi?
Aku      : En. tolong la encik takkan tak boleh kot..
Air Asia: Minta maaf cik,memang saya tak dapat tolong.nak check in ker tak?
Aku    : Check in !!! check in !!dalam hati : (nu kena ingat hotel semua dah tempah p kuching,rugi la tak p).
            Aku terus berlari,kalau pelari pecut lawan pun kalah..hahahaha.terus p kat family aku pergi cakap                      semua beg kena cari beg yang boleh galas.baru leh naik kapal terbang.kak ipar tengok beg harga RM19.90 terus rembat tanpa fikiaq panjang.


Kami semua kalut nak masuk sebab masa tu dah pukul 945,maksudnya lagi 10minit dah nak berlepas,adoi..perkara yang aku tak suka KELAM KABUT.tapi nak buat camna kan mungkin dah Allah tetapkan camtu..Pengajaran dia kalau nak naik kapal terbang kalau ada barang yang nak letak kat bagasi p awal 2 jam okeys..Ni adalah pengajaran untuk kami semua dan juga untuk sesiapa yang nak p mana2..:)


                                            Ni muka ceria naik kapal terbang sebelum lepas

                                                  Tertiba jadi foto 60-an.hahahaha

                       Tengok tu,amsyar dah tengok luaq tu,tunggu masa nak menangis ja tu.

Amsyar ni takut naik kapal terbang,sakit telinga ka or takut pun aku tak pasti..cian dia..Punya la ambek masa nak bg dia tidoq,last2 tertidoq jugak dia dipangkuan aku..hehehee..nama pun umi kan,mestilah pandai dodoikan anak..


                                                    Amsyar dah tidoq..haa lega..
                                           Tengok mak tok dia dok cuci mata tengok awan2..

Perjalanan ke Kuching ambek masa dalam 2 jam,masa nak p tu cuaca kat Kuching tak berapa baik,kiranya kalau cuasa buruk,as per ketua pramugara tu kami semua akan mendarat kat Sibu,tapi nasib menyebelahi kami semua,kami dapat mendarat kat Kuching jugak.Sampai sana lebih kurang pukul 11.55pagi camtu la.
kat airport dah ada penyambut dari Hotel 360(bayaran yang dikenakan RM5.99 per person,so rasanya berbaloi2..Bagus juga ada orang ambek,kan dah penat so memang malas la nak cari2 Hotel kan.Perjalanan dari airport Kuching ke Hotel 360 lebih kurang 20minit la.Cari juga map kat airport tapi amat mendukacitakan satu map pun tak dak..kata nak mengalakkan kita melancong dalam negara tapi map tempat2 menarik pun tak dak,adoi....
Aku pun pelik satu kt Sarawak ni,GPRS aku terus tak leh pakai,aku search semua tempat dia tunjuk kat Johor,pelik giler..kenapa jadi camtu yer..betul lah kawan aku yang pernah p sana GPRS kat Sarawak memang tak working.So perjalanan kami ni camna kan????
Emm nasib baik ada adik kakak ipar aku,dia dah dok Sarawak 4thn,so walaupun dia tak tau sangat jalan2 kat Sarawak tu atleast dia ada kawan yang tahu kan..sangat2 bernasib baik.
Bagi aku jalan kat Sarawak senang ja,tapi memandangkan peta tak dak langsung memang tak leh nak kata pa la..memang merangkak jugak la kalau nak p ke suatu tempat sendiri.

Hari pertama tu kami tak p jalan2 sangt,penat tak abis lagi masa naik flight tu..Kami sampai Hotel terus rest sampai kul6ptg,rasa hati nak jalan2 kat waterfront,cuaca masa tu HUJAN..emmm memang tak best,semasa kami kat sana 4hari hujan smp kami semua beli payung la,kalu kat cini payung tu harga RM5 saja,kat sana kami kena beli dengan harga RM13.90.mahal sangat2 kan,tapi apa nak buat payung kena jugak belikan.so beli jer la...:)
Malam tu jalan2 kat waterfront,tak best langsung..apa pun tak dak..dalam hati aku camni jer ka tempat waterfront yang aku baca dlm internet tu..tak dak apa punnnn....:(
Pukul9mlm kami balik hotel,buat pengetahuan semua kami p saba shuttle hotel hantar secara free,memang klu kita dok hotel tu memang perkhidmatan tu disediakan...Haaa kan jimat,tu yang tak ambek kereta hari pertama tu,kereta ambik hari ke2.

Hari ke2 tu kami p ke Pasar Sarikin,serius gtau u all semua memang best kt sana,kebanyakkan semua barang asli indon..macam2 kita leh dpt kt sana dengan harga yang murah2..kena pandai tawar yer,kami p hari ahad,pukul2 dah nak tutup,sampai sana pun dah pukul 12...2 jam saja masa untuk shopping.mana SEMPAT!!!!!ehehehee...

ni la PASAR SERIKIN(sempadan Indonesia)

Masa ni tak sempat nak ambek gambar banyak2,dlm kepala ni nak SHOPING saja..macam kera nampak pisang..hahahha..(ada ker patut samakan aku dengan kera..hahahha..peribahasa jer tau,nak bg ampa semua faham..ehehehe)..

Plan lepas tu sebenarnya nak p Gua Angin,last2 jalan tak jumpa terus p pasar satok la beli terubuk masin,kalau p Sarawak mesti la kena beli tu kan..ehehe..pasar tu pun dah nak tutup dah..
Kalu nak lebih menarik p Sarawak,aku cadangkan lebih baik pergi hari jumaat,so banyak la pasar dia yang boleh kita p masa hujung minggu tu,hari biasa Sarawak tak dak apa2 pun..:)
jangan marah yer orang Sarawak,ni adalah pendapat aku sendiri..

Masa kat Pasar Satok tu aku beli RM30 ja ikan terubuk masin,ada 12 ekor,cukup la untuk bahagi2 kan kepada family dan jugak kawan2 yang aku tinggal kat semenanjung tu..ehehee.
Jam dah pukul4ptg dah masa tu,perut belum diisi lagi,kami pun p makan kat Restoren Nasi Ayam Penyet.


Restoren Nasi Ayam Penyet..
Ni Nasi Udang Penyet

                                                 Bergambar dulu la sebelum makanan smp..

                                                              Ni Nasi Udang Penyet


Lepas ja perut kenyang terus p kedai kek dayang Salhah pulak,kek macam2 jenis kek,semua leh rasa..nampak cam hari raya la pulak,bekas pun cam letak kueh raya...ehehe.
Aku ni bukanla pengemar kek sangat,so rasa2 jer la..
Mesti ada orang nak kata kt aku camni
"Hello Maslina sapa la soh hang makan smp abis kek tu?"
memang utk rasa jer pun..ehehehe..

Kek Lapis Sarawak

Lepas shoping kek terus nak balik rehat kat hotel.tak larat dah masa tu..masa tu pun dah pukul9mlm lebih kot..nama pun berjalan,berjalan sungguh la noh..:p


Hari ke-3 kami kt Sarawak.
Lokasi : Kampung Budaya Sarawak.

yang tu nanti2 aku sambung k..
sekarang bz...tata titu....

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.