Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

Penyusuan Ibu penting!!

Ramai yg masih konfius dgn tempoh penyimpanan ASI.


Harap2 entri kali ni dpt bantuan semua orang.

Sebelum tu meh kite kenal ngan istilah2 penting ttg ASI yg diperah ni.

EBM = Expressed Breast Milk.
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi tau.
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku.

APAKAH BEKAS YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENYIMPAN ASI?
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
bekas kaca adalah yg terbaik tetapi agak sukar dikendalikan
bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
Bekas dadih – Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
breast milk storage liners khas untuk menyimpan EBM

BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM SUHU BILIK?
Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25o C – 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
Jika bilik ber-AC (15o C – 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM FRIDGE/FREEZER?
Susu ibu yang disimpan dengan baik akan menjadikan susu tahan dengan lebih lama.
Bekas penyejuk (cooler bag/box : 0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Peti Sejuk (2 pintu)
bahagian beku (-18 hingga -20 °C) – 3 bulan
pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) – 3-7 hari
(selepas dibekukan) – 24 jam
Peti Sejuk (1 pintu)
bahagian beku – 2 minggu
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan

Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.
PERINGATAN !!!
Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.

BAGAIMANA CARA MENYIMPAN ASI YANG BETUL?
Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan.
Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan.
Simpan dalam peti sejuk. simpan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. jangan simpan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil
Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh. Pastikan ade ruang kosong untuk pengembangan berlaku bila susu membeku.

BAGAIMANA RASA ASI YANG SUDAH BASI?
Sebenarnya jika ibu mengikut cara penyimpanan yg betul, ASI tidak mungkin akan basi. Kadang2 mmg bile disimpan/disejuk bekukan akan berlaku perubahan warna dan rasa, tapi itu x bermakna ASI sudah basi.Asalkan ibu menjaga kebersihan semasa mengepam, menyimpan ASI dlm botol yg steril & bertutup rapat, dalam jangka waktu yg ditetapkan seperti diatas dan memanaskan EBM dgn betul, insyallah ASI terjamin khasiatnya. Dibandingkan dgn susu formula, ASI lebih tahan lama dan EBM lebih baik drpd susu formula.


SELAMAT MENYUSU ..
TATA TITU..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.