Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, September 18, 2011

Pahit manis bergelar student PPPJJ

Malam ni aku ada masa la cikit untuk update blog kesayanganku ini,even aku tak update selalu pun aku sayang tau..Bukan sengaja tak update,tp masa selalu mencemburui aku..hahahahaha(ayat depend diri yang malas nak update).Amsyar tidoq awal malam ni,pukul 830 dah tidoq,tu la tak mau tidoq siang tadi,main dengan sepupu2 yang lebeh kurang umuq,sampai suara aku yang seksi ni tewas,haahaha...seksi la sangat..ehehehee..
Amsyar kalau dah jumpa sepupu sepapat dia,aku pun dia tak peduli,asyik nak main saja.bila semua dah balik,aku la yang dia akan cari,ni la citer anak kesayanganku ini dan akan jadi anak kesayanganku sampai bila2 walaupun nak jadi abg long tak lama lagi..eeeehehehehe...






Sebenarnya malam ni aku nak citer pasal pahit manis bergelar student sempena aku nak grad dah ni,bagilah ada kenangan cikit tentang pahit manis sepanjang aku study sambil berkerja.Insyaaallah aku akn dapat degree   yang aku idam2 kan selama ni 25hb ni,insyallah dan alhamdulilah Allah mengizinkan aku menghabiskan degree aku jugak akhirnya dalam masa 4thn.Aku start sambung study masa umur aku 22thn 6bulan,masa tu aku baru ja kwen 6bulan,,hehehehe,nak buat camna kan jodoh sampai awal dan aku bersyukur dapat husband yang memang memahami dan sentiasa membantu aku.

Dari aku keja shift sampai la aku dapat kerja normal shift,dalam masa 4thn macam2 pahit manis yang aku tempuh kalau u all semua nak tahu,bukan senang tau nak melalui semua tu,dan aku amat2 bersyukur Allah sentiasa bagi aku kekuatan.kalau aku takdak kekuatan,aku rasa aku takkan dapat apa2 pun.Dari aku takdak anak sampai la aku ada anak yang bernama Amsyar ni.

Tahun pertama study :-
USM tetapkan semua student kena stay kat hostel masa intensif selama 3 minggu,,ingat senang ka aku stay kat hostel,aku ni dah la jenis yang memang TAK SUKA dok hostel.Dari sekolah sampai la berkerja dan bersekolah balik(ehehehe)..aku memang tak suka dok2 hostel ni,tak tau kenapa,aku tak suka yang ada peraturan2 ni..
Tahun pertama start study kt USM,aku mana kenal sapa2 pun,masa tu yang futher study semuanya budak2 laki kilang aku ja,perempuan mana ada,aku ja yang sambung sebab aku memang nak ada degree.Bagi aku kawen tak semestinya tak leh further study,insyaalllah dengan azam dan kekuatan yang kuat semua benda leh jadi..:) -1st time aku dok hostel masa tahun tu,aku kenal dengan seorang kakak ni nama dia kak faezah.dia seorang yang sangat2 baik dan peramah,aku suka berkawan dengan dia.Kakak ni jenis yang penyayang,anak2 kucing kat USM tu semua nya dia belikan makanan.kakak ni jenis yang tak berkira langsung.tapi minta2 la takdak orang yang suka ambek kesempatan diatas kebaikkan orang yang macm ni,
tahun pertama berjalan dengan lancarnya sebab aku takdak anak lagi masa tu,cuma ada husband saja,husband aku pulak jenis yang memahami.so aku ok la..:)

Tahun ke2
kebanyakkan kawan2 aku semua dah berhenti sebab tak tahan nak study kat USM,yala bukan senang tau nak buat assgment lagi tanpa bimbingan lecturer face to face.kami semua hanya ada masa berapa jam saja face to face dengan lecturer,yang lain semuanya video conference,kalau nak tahu study secara video conference ni bukan senang tau,ada yang susah tu tgk 10x pun tak faham2.bila dah tak faham mula la malas nak tgk dan camna nak buat asggment,assgment bukan sikit tau,setiap subject ada 2assgment,kalau dulu kita full time,memang kita leh concentrate dengan semua ni,tapi masa sekarang kita kena fokus kat kerja lagi,kat rumahtangga lagi.semua tu MASA MASA MASA n MASA.
kalau tak pandai menguruskan masa semuanya KO cam tu saja..so kat cini aku nak bgtau pengurusan masa adalah sangat2 penting,walaupun aku pun mana la pandai sangat pun uruskan masa..eeehehehe...
Bila dah ramai2 kawan2 berhenti,u all fikir apa yang ada dalam diri aku???
Mestila rasa tak seronok,tak best.....:(
tapi kena kuatkan jugak,alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..Itu matlamat hidup aku..

Tahun 3
Aku disahkan pregnant!!!!berita yang paling2 aku nantikan bersama suami aku,Alhamdulillah kuasa Allah,selama 2thn stengah penantian,last2 Allah bg jugak kat aku baby(Amsyar dah besaq dah,dah 2thn 6bulan dah pun)..
Tapi camna study aku masa tu sebab due date aku ialah hari pertama final exam..7 April..
Dah la ramai kawan2 berhenti,semangat serba cikit dah turun tau,ni kena tangguh pulak,kawan2 yang lain mesti terus tinggalkan aku la,tinggallah aku sorang saja nanti yang nak berkayuh untuk sem3..Adoi....
Kalu hati tak kuat boleh berhenti tau masa tu,tapi tak leh!!aku tak boleh!!dan husband aku sentiasa sokong aku dan bg semangat,terima kasih sayang sebab selalu kuatkan ayang masa ayg jatuh,dan sentiasa bantu ayg untuk bangun semula..kalau aku serabut buat asggment,husband aku la orang pertama yang akan tolong aku dan study sama2 aku untuk selesaikan asggment,aku p kelas selalunya dia akan usaha temankan aku.dan aku amat2 hargai semua tu..
Oleh sebab tahun ke3 tu aku pregnant,mahu tak mahu aku terpaksa tangguhkan pengajian aku selama setahun,sayang tu memang la sayang tapi aku apakan daya,baby pun sangat penting untuk rumahtangga kami..
last2 aku tangguhkan setahun.......

Tahun ke4:-
Aku sambung balik study(lain tau bila ada anak kecik2 ni nak study),aku tak leh dok hostel dah,yala anak aku kecik lagi masa tu,malam2 dia perlukan aku aku,tambahan pulak dia menyusu badan..
Kalau aku tak dak malam2 tak tau la aku camna anak aku nak tidoq,mahu tak mahu aku terpaksa ulang alik selama 3minggu dari lunas ke penang sampai kadang2 pukul11 baru aku balik,bayangkan tengah malam2 aku drive sorang2,esok pagi2 kul6 dah kena pergi kelas..demi untuk segulung ijazah aku sanggup dan aku percaya bila kita berusaha,insyaallah ada rezeki untuk kita..:)Masa tahun tu aku kena cari kawan2 baru lagi untuk study dan alhamdulilah Allah permudahkan aku segalanya,aku kenal dengan budak yang sem sama dengan aku,dan kami adakan kelas tambahan setiap hujung minggu,orang yang paling rajin sekali ialah Zawiyah,dia memang baik..selalu update kan aku apa2 tentang study supaya aku tak ketinggalan,semoga Allah memberkati dia selalu..:)..

Tahun ke-5:-
Oleh sebab aku tangguhkan setahun study so aku habis tahun ke5 la.kalau ikut2 kan memang la cukup2 4thn ja aku study..
Alhamdulilah Allah bg keajaiban kepada aku,aku dapat grad tahun ni......
Dan alhamdulilah aku akan ada baby 2nd jugak tahun ni..

Kepada kawan2 yang tolong aku selama ni,terima kasih semua,kepada mak aku yang sanggup menjaga Amsyar sepanjang aku study,terima kasih mak,budi baik mak takkan mas lupa..
Dan orang yang sangat2 penting sepanjang aku study ni,,Husband aku Abd Samat,terima kasih sayang sebab sayang la ayang berjaya dapatkan degree ni,degree ni kita kena kongsi tau..ehehehehe..
Tanpa sokongan sayang tak mungkin ayang berjaya..:)
Walaupun ayang tak cerita details dalam ni apa yang sayang buatkan untuk ayang,biarlah kita saja yang tahu.Semoga Allah sentiasa memberkati kita dan perkahwinan kita dan murahkan rezeki kita selepas ni..
Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....


Tata Titu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.