Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 9, 2010

Sambungan Wedding Bai GBS


Alia,bai,ct
2 bakal bukan dara,tinggal sorang saja dara pingitan

                                Anis,fiha,ct,pengantin la,alia,chek mas,amsyar,abg camat..

                                                Amsyar : Auntie bai,mai bunga kat amsyar..
                                        
                                                     Selamat Berbahagia la bai n Hizrat
                                                  
                                           Pengapit pengantin tu,semoga jodoh cepat yer..


Sebenarnya banyak lagi gambar2 yang kami ambik masa majlis persandingan bai n hizrat,tp klu nak load semua tu 7ari 7mlm pun tak abis2 lagi.so sampai cini la noh gambar..klu sapa yang nak lebih mai cini cd chek mas masukkan semua gambar..

Supaya rumahtangga berpanjangan bahagia :-
Kalau boleh semua pasangan ingin rumah tangga bahagia. Dilimpahi kasih sayang dan dicaintai pasangan. Jika itu yang kita harapkan dari pasangan kita, maka kita yang perlu berusaha terlebih dahulu memberikan kasih sayang dan cinta pada pasangan kita.Ini yang dikatakan saling berkasih sayang yang akan membawa bahagia di dalam rumah tangga. Tiada siapa yang boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga anda, melainkan diri anda sendiri. Dari mula di ijab kabulkan lagi kita mesti pupuk, bina dan belai rumah tangga kita dengan kasih sayang disamping berdoa kepada Allah. Apapun untuk mendapat rumahtangga bahagia, perlu ada usaha dari kita ,berdoa kepada Allah dan pasrah serta redha atas segala ketentuaanNYA.

Bagi  yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah kata-kata berberikut : -

1) Meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

(Surah Al-Furqan ayat 74 )


2) Menyedari dan mensyukuri bahawa perkahwinan kita dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan kita tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah kita lakukan kearahnya. Kita juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan kita terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah kita hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh kita dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman


"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah Al-An'am ayat 17 )


3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Kita seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan kita sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-


"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

(Surah At Taubah, 24)


Oleh itu kita mestilah memahami kedudukan kita di sisi pasangan. Kita bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, kita seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Kita haruslah ingat bahawa pasangan kita adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Kita juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan kita melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya kita kepada pasangan kita. Sebagai pakaian kita diperlukan setiap masa oleh pasangan kita untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu kita perlulah menjadikan diri kita sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara kita dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Kita perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan kita. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-


"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."


Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."


Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.