Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES

Monday, September 6, 2010

Ramadhan tinggalkan kita..

Diam tak diam kita dah sampai kepenghunjung bulan ramadhan,perasaan sedih hiba gembira semua ada.Bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ni akan meninggalkan kita semua,adakah kita akan dapat menikmati bulan ramadhan ini lagi tahun depan,semua orang tak tahu kan,yang hanya mampu kita lakukan adalah untuk memohon kepada Allah supaya panjangkan umur kita semua untuk berjumpa dengan bulan ramadhan tahun depan.


Ya Allah,
Kau panjangkan umur aku,keluarga aku,kawan2 aku,seluruh umat islam untuk menikmati lagi kenikmatan bulan ramadhan untk tahun depan.

Kau panjangkan umur kami semua untuk kami memperbaiki diri untuk lebih beriman kepadamu,beribadat kepadamu Ya Allah..
Kau bukakanlah hati kami semua untuk berubah ke arah kebaikan.
Bulan ramadhan banyak mendidik kami semua untuk ke arah kebaikan…

Lagi berapa hari kita nak raya??amboi cepat ja jawab lagi 3ari termasuk arini.
Buat pengetahuan semua aku akan start bercuti arini untuk beraya di kampong hubby..
Rasanya ini 1st time aku balik awal 2ari selama berkahwin 5thn ni.Tahun ni dapat permintaan dari hubby untuk balik kampong awal,so sebagai isteri yang bertolak ansur(sebenarnya laki aku yang banyak bertolak ansur selama ini) aku kena la ikut dan penuhi permintaan hubby kan.

Untuk Suami yang teramat aku sayangi, --Abd Samat..
Ayang minta ampun dan maaf banyak2 sayang sebab kadang2 ayang ni suka buat sayang marah,Ampun kan ayang yer untuk ayang dapat kebahagian di dunia dan akhirat.
Insyaalah ayang akan jadi isteri yang terbaik untuk sayang..Love u sayang..
Semoga raya kali ini menjadi kenangan yang manis untuk kita sekeluarga.
Amsyar kau penyeri hidup kami 2.
Hadirmu membawa seribu kebahagian yang tiada tukar gantinya..
Semoga Amsyar menjadi anak yang soleh,beriman,taat pada umi n ayah,cerdik dan pintar dan berjaya didunia dan akhirat.

Untuk mak yang amat aku sayangi dunia akhirat,mak la mak terbaik…
Mas nak minta ampun dan maaf mak kalau mas ada sakitkan hati mak,mas cuba jadi anak yang baik untuk bahagiakan mak,Raya ni kami raya perak,Mak jangan sedeh2 yer,nanti kami balik cini jugak.Adik beradik len ada lagi,depa akan bahagiakan mak di pagi raya.
Ampun kan mas mak….Muahhkkss..
Sayang mak sangat2..

Untuk GBS aku ingin memohon beribu2 kemaafan seandainya aku ada menyakiti hati ampa semua,kitakan adik beradik..pegang kata2 tu selamanya insyaallah kita semua akan tetap bersahabat dunia akhirat.
Gaduh2,teyak2,majuk2 tu semua biasa la kan geng.Ewah2 cam ada gangter pulak aku nih.ehehee..Sebagai kakak ampa semua sebab aku lebeh tua setahun dari ampa aku ampunkan ampa semua jugak..

Untuk QA
Especially SPC,aku nak minta ampun dan maaf seandainya ada yang tersakit,ada yang terkata,ada yang termakan,terminum segala2 nya la.
Keja dengan ampa semua memang best,tak berkira dalam buat keja,,
Sayang ampa jugak..

Untuk sesiapa saja yang membaca blog aku ni,aku nak minta maaf kalau dalam aku taip kata2 dalam ni ada yang terasa.


Selamat Hari Raya…
Semoga kita mendapat sentiasa dilindungi Allah dimana2 saja kita ada..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.