Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 5, 2010

Kecewa dengan sikap suami

Mesti semua terkejut,bila aku keluarkan entry macam ni kan..Bukan suami aku la,Alhamdulilah setakat la suami aku memang suami yang baik.
Biasa la kan ari jumaat mood cuti esok dah mai,so aku bacala mingguan wanita,ternampak la kisah ni.Tujuan aku publish kan dalam blog aku ni,hanyala untuk berkongsi dengan pembaca semua.
Yang baik kita jadikan panduan dan yang tak baik tu sama2 kita hindari..

Jum layan....:)

Kecewa dengan sikap suami Isteri cari cinta lain


Mendirikan rumah tangga adalah impian setiap pasangan yang bercinta. Setelah dapat merealisasikan hasrat ini maka kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhir hayat pula yang menjadi matlamatnya. Namun ada kalanya, apa yang dicita-citakan ini tidak kesampaian disebabkan sikap suami mahu pun sikap isteri yang tidak memahami tanggung jawab masing-masing.

Minggu ini, kita berkongsi kisah seorang isteri yang menderita kerana sikap suaminya yang panas baran dan tidak mendengar nasihat orang lain. Rumah tangga mereka berantakan dan kini si isteri dalam dilemma kerana jatuh cinta kepada majikannya sendiri.

Saya berusia 20-an dan sudah mendirikan rumah tangga selama empat tahun bersama suami. Kehidupan bahagia yang dirasai cuma pada ketika kami baru berkahwin dan selebihnya, hanya Allah sahaja yang tahu.

Suami seorang panas baran dan tidak suka mendengar nasihat orang lain. Malah dia juga suka bercakap bohong dengan saya. Pada awal perkahwinan, saya tidak Nampak semua perangai dan sikap buruknya tetapi selepas dua tahun berkahwin, barulah segalanya saya ketahui.

Dia suka bertukar-tukar kerja dan gemar berangan untuk menjadi kaya dengan menipu orang. Dia akan membuat beberapa perniagaan dan selepas itu akan berhenti kerja dan menipu orang.

Bila keluarga mentua mendapat tahu hal ini, dia akan dimarahi dan selepas itu, suami langsung tidak menjejakkan kaki balik ke rumah emaknya. Untuk makluman puan kaunselor, keluarga mentua saya amat baik. Saya bersyukur mendapat keluarga yang sangat memahami kehidupan kami.

Disebabkan terlalu kecewa dengan sikap suami, saya pernah beberapa kali memohon cerai darinya tetapi dia tak mahu menceraikan saya atas alasan bila dia tidak bekerja, saya yang akan menanggung dirinya.

Dalam masa hubungan kami bermasalah, ada seseorang yang cuba mencuri hati saya. Pada mulanya, saya hanya menganggap dia sebagai kawan kerana dia sudah pun mempunyai keluarga. Tetapi lama kelamaan kami jatuh cinta.

Dia adalah majikan di tempat saya bekerja. Kami telah melakukan perkara-perkara yang tidak elok yang menghampiri kepada perkara zina. Saya tak tahu bagaimana harus mengelak kerana kami bekerja di bawah satu bumbung dan dia adalah bos saya.

Dia seorang yang amat baik dan mencintai saya. Begitu juga saya menyayanginya. Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan? Kami pernah cuba beberapa kali untuk putus tetapi masih tidak berjaya. Dia sanggup mengahwini saya sekiranya saya sudah berpisah bersama suami tetapi dia tak sanggup untuk menceraikan isterinya.

Saya pula tidak mahu menjadi isteri kedua kerana sifat cemburu saya. Manakala dia pula tiada sebarang masalah dengan isterinya untuk membawa kepada perceraian. Dia meng akui dia terlalu sayangkan saya tetapi dalam masa yang sama, dia begitu sayangkan isteri dan anak-anaknya dan belum mampu untuk berpisah dengan mereka.

Dalam dihimpit permasalahan ini, sikap suami masih begitu juga. Tidak mahu sembahyang, tidak mahu pulang ke rumah emaknya, masih suka untuk berniaga dan kuat berangan-angan.

Tolonglah saya puan. Saya sayangkan kekasih saya tapi suami tidak mahu menceraikan saya dan dia pun tidak mahu berubah menjadi suami yang baik, menjadi anak derhaka serta tidak mahu bersolat.

Bantulah saya! Apa yang harus saya lakukan untuk mengelak dari melakukan maksiat dan bagaimana sekiranya puan berada di tempat saya? Saya susah hendak berpisah dengannya kerana kami bekerja satu tempat dan dia pula majikan saya. Saya juga cuba mohon kerja di tempat lain tapi belum memperolehnya lagi. Bantulah saya.

Apa pendapat semua cerita tu?bagi pendapat aku sebagai seorang isteri sepatutnya dia kena jaga diri dia,jangan hanya pandang keburukan suami,tapi dia apa kurangnya kan.
Tak sepatutnya dia melayan laki lain sampai macam tu,fikir kan la dosa2 dari perbuatan tu.
Bayangkan la perasaan suami dia,bila dapat tahu perangai isteri yang macam tu.Senang2 saja membiarkan seorang laki luar menyentuh dia.Nauzubillah...

Emm manusia akhir zaman ni kan macam2 berlaku.Minta dijauhkan semua tu dari keluarga aku.Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas nya dan dia berubah.Amin.

Jum kita tengok apa nasihat kaunselor mingguan wanita.

Assalamualaikum puan yang dirahmati Allah...

Perkahwinan adalah satu ikatan penyambung generasi manusia melalui institusi kekeluargaan. Ada orang yang sejak dari awal perkahwinan mengecap kebahagiaan, ada orang hanya di pertengahan jalan, ada yang diduga dengan pelbagai ujian dalam perkahwinan.

Memiliki suami yang tidak mahu bekerja, pemarah, memiliki sifat-sifat yang buruk dan tidak mahu berubah walaupun telah diberi beberapa kali peluang adalah sesuatu memberi tekanan kepada seorang isteri apatah lagi jika telah memiliki anak. Ada isteri yang mampu bertahan memikirkan soal anak, ada pula yang terpaksa bergantung nafkah kepada suami kerana isteri tidak punya pendapatan. Namun, pada isteri yang bekerja, perpisahan adalah jalan terbaik untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Apakah mudah seorang isteri menuntut cerai daripada suami?

Berbalik kepada situasi yang puan alami, cuba puan fikirkan sama ada dari sudut agama, mahupun dari sudut budaya timur kita, adakah wajar puan bermain cinta sedangkan puan masih lagi isteri orang dan bercinta pula dengan lelaki lain yang juga seorang suami kepada wanita lain?

Namun, tidak dinafikan sesiapa sahaja akan mencari “kasih” di tempat lain apabila kasih yang sebenarnya tidak diperoleh. Kadang-kadang kasih itu tidak dicari, tetapi dia datang dengan sendirinya apabila sering bertemu, memupuk perasaan, tempat mencurah dan berkongsi masalah kemudian lahir apa yang dinamakan ‘cinta’.

Perasaan yang mungkin nafsu berwajahkan ‘cinta’ mudah saja berlaku pada lelaki dan wanita yang tiada ikatan pernikahan yang sah. Menjadi lumrah syaitan selagi anak Adam tidak melakukan maksiat, maka selagi itulah dia akan menggoda hingga melakukan dosa besar yang dilaknat Allah.

Kalau puan berfikir secara logik pula, jika kekasih puan itu suami yang baik, kenapa dia sanggup berlaku curang terhadap isterinya, walhal dia sendiri mengaku bahawa isterinya baik dan tiada sebab dia mahu menceraikannya? Kalau ditakdirkan puan ada jodoh bersamanya, adakah perkara yang sama tidak berlaku kepada puan?

Kemungkinan itu ada bukan? Puan pula berkata puan seorang yang cemburu, adakah puan sanggup jika dia curang bersama orang lain? Semua kemungkinan itu ada selagi manusia tidak takut dosa dan pahala dan hanya menurut nafsu yang membara.

Berbalik kepada permasalahan puan dengan suami, jika benar puan tidak mahu lagi hidup bersama suami kerana dia tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, maka puan perlu membuat keputusan untuk diri puan.

Jika semasa pernikahan dahulu puan melalui satu upacara ikatan dan peraturan tertentu, maka untuk berpisah juga ada kaedah yang telah digariskan. Buatlah tuntutan perceraian di pejabat agama mengikut ketetapan Islam.

Proses ini mungkin sukar dan mengambil masa yang panjang lantaran suami tidak mahu melepaskan puan tetapi puan kena memulakannya. Janganhanya menyebut suami tidak mahu menceraikan puan maka usaha puan terhenti setakat itu sahaja dan menggunakan peluang lain untuk berhubungdengan lelaki lain semata-mata menutup kekecewaan yang puan hadapi.

Berusaha ke arah itu sehingga puan dapat lepas daripada tangan suami. Nah, berbalik pula kepada kekasih puan, dia sendiri tidak mahu menceraikan isterinya dan puan sendiri tidak sanggup bermadu, adakah apa yang puan impikan dapat dicapai?

Adakah pasti lelaki itu mencintai puan atau hanya bernafsu sahaja terhadap puan? Tidakkah terlintas di hatinya, wanita jenis apakah puan ini sanggup bercumbuan dengan lelaki lain walhal telah memiliki suami? Pada mata puan, ini tidak dapat dibongkar lantaran kuatnya pengaruh lelaki itu terhadap puan.

Adakah jika puan telah bersamanya (maafkan saya) untuk beberapa kali, dia akan menerima puan sebagai isteri? Cuba puan fikir ini dengan mata hati, lebih jauh daripada itu tentang apa yang puan hadapi.

Puan yang dirahmati Allah...

Allah ciptakan hidup ini ada peraturannya untuk memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada hambanya. Kita hidupnya perlu berjejak di bumi nyata, berhadapan dengan realiti yang bukan fantasi. Takut kepada suatu perkara yang boleh merosakkan diri. Dengan kata lain, takut kepada lelaki yang puan anggap kekasih dan sebagai ketua di pejabat puan perlu dibezakan peranan sebagai pekerja dan majikan.

Kenapa perlu bimbang jika puan tidak menjalin hubungan dengannya sebagai kekasih? Setiap organisasi ada etika dan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika puan bertegas, maka puan tidak perlu bimbang dengan lelaki itu sebagai majikan. Secara perlahan-lahan puan perlu ada ketegasan pada diri dan membuat keputusan yang bijak. Seboleh mungkin carilah kerja di tempat lain.

Rezeki bukan di satu tempat sahaja. Jika sukar mendapat kerja di tempat lain, binalah kekuatan diri agar tidak terpengaruh dengan lelaki tersebut. Jangan takut kerana dia bos puan. Jika puan tidak melayan, lama-lama dia akan mengundur diri. Persoalannya, puan sendiri bagaimana?

Hati dan perasaan kasih puan sendiri terhadapnya yang perlu dibuang jauh-jauh. Apa pun puan perlu tentukan keputusan untuk diri puan. Jangan ikut hati dan nafsu atau pujuk rayu lelaki. Hidup kita ini perlu ada prinsip dan pegangan.

Tidak akan mati kita dengan hanya mengharap kasih daripada lelaki. Malah, belum tentu puan akan bahagia bersamanya. Puan pula tidak sanggupbermadu dan dia sendiri tidak mahu meninggalkan isterinya. Sama ada puan berpisah dengan suami puan ataupun tidak, puan tidak akan memiliki kekasih puan sebagai suami, melainkan jika puan sanggup bermadu. Jawapannya telah ada pada puan.

Puan yang dirahmati Allah..

Jika puan masih lagi mengharapkan suami kembali ke pangkal jalan, banyakkan doa, solat hajat dan memohon agar Allah membuka pintu hatinya. Jika hati puan telah tertutup, maka carilah jalan yang ditetapkan dalam agama dan pada masa yang sama belajar menjauhkan diri daripada lelaki yang hanya mengharapkan kesucian puan tergoda.

Banyakkan membaca doa dan ayat al-Quran yang dapat menjauhkan diri puan dari melakukan dosa besar yang cukup azab seksaannya. “Terlajakperahu boleh berundur, terlajak perbuatan menyesal tidak berguna.” Dunia hanya sementara, akhirat adalah perhitungan sebenar kerja buat kita di dunia.


Yang baik tu datang dari Allah,yang buruk tu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.