Always listening Always understanding

Always listening Always understanding
PRU BSN TAKAFUL

Ya Allah! Give me strength to go through these challenging path, I may be fall or stumble sometimes, but please keep giving me strength to stand back up dan continue the journey till the end of the road. You know what is the best for me. Please Allah, guide me through....

MY LOVES

MY LOVES
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 28, 2010

Pengalaman menjadi Ibu

Thanks Allah..Nikmat mu yang tidak terhingga untuk kami sekeluarga,alhamdulilah..

Amsyar dah nak dekat 2thn lagi 5bulan saja lagi..Cepatnya masa berlalu kan.Ni time aku lahirkan dia,masa kat Hospital Kulim,masa ni aku rasa sedih,teruja dan heppy sangat2,Allah dah makbulkan doa2 aku untuk menjadi ibu,tak semua orang merasai apa yang aku rasa,jadi aku amat2 bersyukur2.Penantian aku selama 2 thn setengah untuk menjadi seorang ibu bukanlah penantian yang sekejap kan,lama tu..Aku sentiasa bersyukur,mungkin Allah kurniakan aku anak lambat ada hikmahnya,mungkin masa tu aku tak bersedia.Kita sebagai manusia hanya merancang tapi semua Allah yang tentukan.

Aku tak pernah kongsikan macam mana pengalaman aku untuk menjadi seorang ibu sebelum ni kan,Sekarang aku nak kongsi semua tu,tujuan untuk aku kongsi semua ni adalah untuk memberikan semangat kepada sesiapa yang dah kawen tapi still tak dapat anak lagi,Ingat la kita sebagai hamba berhak untuk berusaha sehabis mungkin tapi jika ada rezeki insyaaallah Allah akan makbulkan permintaan kita..
So jangan rasa down teruskan berusaha..Allah kan akan memberikan ganjaran kepada orang yang rajin berusaha dan yang selalu berdoa kepada nya..

Aku kawen pada usia yang muda la umur 22thn,lepas ja study kat POLIMAS aku terus dapat keja kat Silterra (sampai sekarang aku setia lagi dah 5thn lebih).Tapi dah tukar 3 dept,dept pertama manufacturing,aku tak tahan kerja kat dalam tu sebab shift malam,aku memang tak suka kerja malam,dept ke-2 Product Engineering dan Dept ke-3 SPC QA SYSTEM,setakat la memang aku paling suka kerja kat QA,happening habis la.

Ok berbalik pada kisah aku balik,lepas saja aku kerja 6bulan kat cini,aku terus kawen,husband ajak kawen,katanya takut aku dikebas orang..ehehehehe.adakah orang nak kebas aku..hahahahahaha..mengarut semua tu..Ok aku pun kwen la dengan kekasih hatiku,husband aku la.Selepas 6bulan kahwin kami still tak dapat anak lagi,risau jugak la masa tu,yala kan apa masalah ni..Takut semua ada,orang lain kebanyakkannya kawen2 terus lekat,aku ni dah 6bulan tapi still tak dak tanda2 untuk lekat.Sedih jugak la masa tu bila dengar suara2 sumbang yang selalu bertanyakan soalan yang sama.”Bila nak dapat anak?”kalau la aku ni ada kuasa esok jugak aku nak.Tu kan bukan kuasa aku,aku hanya mampu berdoa n berusaha saja kan,selebihnya tawakal saja kat Allah.Time tu kalau tahu ja kawan2 terdekat pregnant aku rasa sedih sangat,pasangan mana yang tak mau anak kan,mesti la kita nak tengok camna wajah anak kita.Lagipun aku ni memang sukakan budak2.
1st time aku ngan husband p klinik kat Bertam untuk check apa masalah kami berdua tapi doctor tu cakap terlalu awal,dia advise aku supaya tunggu dulu sampai setahun.So aku pun tak dengar la cakap dia.Dalam pada masa yang sama aku pun pergi la berurut dengan bidan2 yang berpengalaman,Tapi lama2 tak lekat2 jugak,ada jugak yang aku dapat tak berapa berpengalaman,aku sakit sangat,dan lepas tu last aku mengurut rasanya.aku ckp kat husband tak mau mengurut dah kat bidan tu,cam tak pandai ja.Lepas setahun aku tak ada apa2 lagi,aku terus pergi klinik sakit puan kat Sg Petani,nama dia dah lupa lor,aku ambek ubat hormone 3bulan berturut2 tapi tak dak apa2 perubahan tu,aku still tak di sah kan mengandung lagi,sedih dan penat Allah saja yang tahu,aku dah buat macam2 tapi still belum rezeki,ada jugak rasa down sangat2,tapi alhamdulilah aku ada husband yang sangat2 membantu,dia selalu bagi semangat kat aku,dia tak perlu rasa down,depan aku dia selalu tenangkan aku,tapi aku tahu belakang aku dia sedih.Terima kasih sayang sebab selalu kuatkan ayang masa tu dan selalu berkerjasama dengan ayang untk pergi berusaha untuk mendapatkan zuriat.Sayang laki 1 dalam 1 juta.Tak pernah salahkan ayang,selalu tenang dan bersabar,Macam sayang kata dulu Insyaallah kalau Allah nak bagi rezeki,sekejap ja kita akan ada.
Bila aku dengar ada orang nak pergi Makkah aku selalu minta diaorang doakan aku untk dimurahkan rezeki anak,kebetulan kakak ipar aku nak pergi Makkah aku soh dia beli kurma dalam botol yang untuk orang yang susah dapat anak.aku jugak minta dia doakan aku depan kaabah untuk aku cepat2 dapat anak.
Dalam pada masa yang sama aku pergi pergi klinik Dr Hamid kat Kulim untuk check husband dan aku,husband ok masa tu,yang masalahnya kau,hormone aku terlalu rendah,tu yang susah nak ada baby tu.Doktor bagi aku ubat hormone,dan alhamdulilah sekali ja aku makan,aku terus disahkan pregnant bulan berikutnya,Alhamdullah rezeki Allah bagi.Mungkin juga berkat kakak aku berdoa di Makkah.Aku bersyukur sangat2 sebab aku ada rezeki,rasa mcm mimpi ja masa tu,betulka aku pregnant.Aku n husband menangis kegembiraan.Masa tu kami tak pernah rasa heppy sampai macam tu..Untuk sapa2 yang belum dikurniakan anak teruskan berusaha,Insyaaalah rezeki anda akan ada,kena betul2 berusaha dan berdoa kepada Allah..

Ni masa aku tengah pregnant kan Amsyar,masa ni dah cukup bulan dah..9bulan

Aku rasa cam seolah2 baru pegang dia kecik dulu,tapi sekarang dah pandai macam2..

Apa yang Amsyar dah pandai sekarang (1thn 7bulan) :-
1. Semestinya pandai berjalan (berjalan umur 1thn 4bulan)

2. Lepas pandai berjalan mesti la berlajar berlari pulak kan.

3. Dah ada gigi 8batang,gigit orang sakit tau ..

4. Dah tak berapa nak makan (ni aku paling tak suka dan risau).

5. Bila nak balik ataupun nak kuaq mana2 mesti dia akan p salam n kiss semua orang.

6. Kalu dok dalam kereta masa nak balik mesti cakap “BABAI”ehehehe..

7. Dah pandai sebut “Ayah”Eh tu dah memang pandai sejak azali lagi kan.

8. Dah mula panggil aku “mi” singkatan dari UMI..hhahahaha..takpa la janji mi mi dengar jugak.

9. Bila aku pasangkan Magic English video,dia dah pandai nyanyi “Mummy-Mummy,Hello-Hello..”

10. Dah pandai main dengan semua orang.Suka main hantu2 belek mata..hahahahaa..lawak sangat.

11. Dah pandai ckp,banyak sangat cakap.Selalu ajuk semua cakap n perbuatan orang.Ni kena tunjukkan tauladan yang sangat baik kan.

12. Dah boleh terima arahan dengan baik sebagai contoh bila aku kata letak baju yang dah pakai dalam bakul baju,mesti dia pergi letak.

13. Suka nak merajuk2 kalu orang tak mau bawak dia p mana2,terutamanya naik broom broom,naik Vroom Vroom ok lagi.Sila tanya aku kalau tak tau beza Broom2 dan Vroom2 okeys..ehehehehe.

14. Amsyar sekarang sangat2 ok kalau nak bawa pergi mana2..senang sangat ok.

15. Minum susu still lagi sustagen vanilla 1year,nak tukar lain takut.Sebab dia jarang makan so susu tu adalah susu terbaik untuk dia.

16. Pakai pampers saiz M lagi,anakku punggung masih kecik rupanya.J

17. Kalu aku balik keja mesti dia tunggu depan pintu dengan senyuman yang akan buatkan hati aku terus hilang penat lelah.

18. Sekarang lebih baik dari dulu bila dok dalam car sit,setakat la alhamdulilah dia ok.

Ermmm apa lagi yer..yang tu jer kot yang dia pandai buat masa la,nnti aku update lain k..
Tata titu..

1 comment:

  1. assalamualaikum Masliena
    saat indah paling beharga,
    bila penantian sekian lama
    Allah tunaikan impian kita
    anak sememangnya
    anugerah istimewa kan Mas?
    hati ini sedih bila baca berita
    bayi dibuang merta-rata.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

My Life

Gelagat Amsyar-Semakin Besar Semakin Banyak Akal,Umi Suka!! Slideshow: Masliena’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to 2 cities and Taiping was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.